Kerja Kosong

Monday, October 3, 2011

PALESTIN : MENUJU & MENCARI JALAN KE ARAH SEBUAH NEGARA MERDEKA

Permohonan Negara Palestin bagi mendapatkan pengiktirafan Pertububuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) sebagai sebuah negara menjadi tumpuan dunia pada masa ini. Syabas kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah memberanikkan diri daripada pendirianAS yang mana menggugut akan menggunakan kuasa vetonya bagi menggagalkan Palestin berdiri sebagai sebuah negara yang berdaulat lantas menjadi negara anggota PBB yang ke-194 selepas Sudan Selatan menjadi negara anggota PBB ke-193 pada Julai lalu.

Jika sebelum ini AS juga telah menggugut mereka tidak akan memberi bantuan kewangan kepada Palestin lagi. Namun Palestin telah mengabaikan kata dua dari AS ini.

Permohonan Palestin pada masa ini sedang dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB, tetapi dijangka menghadapi cabaran hebat bagi memperoleh undi-undi yang masih diperlukan untuk mendapat kelulusan.

Terus terang kita semua di dunia ini mengharapkan kepada PBB agar dapat berbuat sesuatu demi menyekat kemaraan dan pencerobohan terus menerus rejim Israel ke atas Palestine. Tetapi malangnya, PBB masih lagi mengguna pakai kaedah kuasa Veto. Apa yang pasti AS seperti akan menggunakan kuasa vetonya untuk menyekat usaha palestin ini.

AS yang sebelum ini hanya mahu masalah negara Palestin diselesaikan melalui perundingan damai Asia Barat. Presiden Barrack Obama dalam kenyataannya menyatakan untuk mendapatkan status negara merdeka Palestin bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam masa yang singkat kerana rundingan damai Palestin-Israel yang diusahakan selama lebih 20 tahun sendiri gagal. Namun jika diteliti obama sendiri dalam ucapan pada tahun lepas (2010) menyatakan Palestin akan mendapt sebuah negara yang merdeka pada tahun akan datang(2011). Inilah kata yang tak menepati janji apa yang diucapkan olehnya.

Namun dalam hal ini hanyalah helah semata-mata oleh AS. Hal ini jelas apabila Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh menyatakan bahawa rundingan damai hanyalah helah Israel yang disokong AS untuk memperluaskan kawasan penempatan haram Yahudi dan merobohkan rumah rakyat Palestin. Rundingan tajaan AS ini sekadar tipu muslihat sahaja.

Dalam pada itu Israel-AS ingin menggagalkan sebuah negara merdeka Palestin kerana takut jika Palestin berjaya menjadi sebuah negara berdaulat Palestin akan mengheret Israel kepada muka pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa(ICC).

Palestin telah menyerahkan permohonan kepada PBB berasaskan garis sempadan yang wujud sebelum Perangg Enam Hari 1967 dengan Baitulmuqaddis diisytiharkan sebagai ibu negara Palestin.

Sejak sekian lama Palestin telah bersusah untuk mendapatkan kembali negara mereka yang telah dikuasai Israel yang dibantu sekutunya AS yang menyebab Palestin hidup dalam penderitaan. Setiausaha Agung PBB iaitu Ban Ki-moon telah memberi sokongan kuat kepada Palestin untuk mendapat negara yang diiktiraf. Begitu juga Presiden Iran dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang beberapa hari lalu menyokong kuat dan menyuruh negara-negara anggota semua mengundi kepada Palestin.

Kuasa Veto Patut dan Perlu Dihapuskan

Jika difikirkan jalan yang terbaik ialah kuasa veto AS dan negara-negara lain di dunia sepatutnya dihapuskan. Dalam erti kata sebenar dalam “demokrasi dunia” pada hari ini kuasa-kuasa yang telah dipegang oleh individu dalam dunia ini wajib dimansuhkan dan dihapuskan. Jika tidak apakah ertinya perjuaang hak asasi yang dibuat oleh dunia pada hari ini. Dalam perkara ini juga hak-hak dan kebebasan perlu dipertahankan di dalam dunia demokrasi yang dikirakan sistem yang terbaik pada zaman ini. Barulah erti sebenar kepada negara yang sentiasa menegakkan” kebebebasan” di bawah payung DEMOKRASI.

****Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain. Veto berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "Saya larang". Biasanya hak ini adalah terhad sebab eksekutif dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjwab serta tugas yang berlainan seperti termaktub di dalam konsep pembahagian kuasa. Kuasa veto juga boleh dilihat di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lima ahli tetapnya iaitu China, Perancis, Great Britain, Amerika Syarikat, dan Rusia masing-masing mempuyai kuasa veto.