Kerja Kosong

Thursday, April 28, 2011

Maklum Balas Jabatan Penyiaran Malaysia

Aduan : Komen / Cadangan 27 April 2011 : Kecewa RTM Tak Siar
Perlawanan Bola Sepak
Pengadu : Mohd Yakop Ikram
Lokasi : Kuala Lumpur
Medium Aduan : E-Aduan KPKK / Akhbar Berita Harian m.s. 28 (Ruangan
Surat & E-mel)
Aduan : Merujuk kepada aduan tuan menerusi akhbar Berita Harian m.s. 28, bertarikh 27 April 2011, pihak jabatan mengambil maklum.

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan
terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap siaran sukan
bola sepak di RTM. Kami sedar tentang kecenderungan dan minat khalayak ramai terhadap sukan bola sepak.

Berhubung kenyataan tuan mengenai perlawanan bola sepak selalunya ditaja oleh syarikat gergasi dengan siaran perlawanan bola sepak, perkara tersebut merupakan dua perkara yang berbeza. Jika sesebuah stesen ingin membuat liputan perlawanan bola sepak, maka stesen tersebut memerlukan hak siaran.

Sebagai saluran TV awam, adalah menjadi tanggungjawab RTM untuk menyiarkan rancangan sukan yang mendapat perhatian utama khalayak, malangnya pihak RTM berdepan dengan masalah hak siaran FTA (free to air) yang ketika ini dimiliki oleh stesen berbayar.
RTM sedang berusaha mendapatkan hak siaran daripada ASTRO yang perlu melalui prosedur biasa bermula dari proses rundingan harga diikuti dengan permohonan, seterusnya menunggu kelulusan Kementerian Kewangan.

Pihak RTM sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap siaran sukan di RTM dan berharap tuan terus memberi sokongan terhadap program-program RTM.
Sekian.

Jabatan Penyiaran Malaysia


p/s Terima kasih atas maklum balas atas perkara ini. Harap pihak RTM dapat kembali hak penyiaran.

Wednesday, April 27, 2011

Kecewa RTM Tak Siar Perlawanan Bola Sepak



RAMAI masih kecewa apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan perlawanan bola sepak tempatan terdiri daripada Liga Super, Piala FAM dan Piala Malaysia.

Slogan atau tagline ‘sukan terbaik hanya di RTM’ hanya indah dari rupa. Hal ini kerana pasti sukan terbaik di Malaysia dan peringkat dunia adalah bola sepak, namun sukan ini sudah tidak ada di RTM.

Pada suata ketika RTM tampak masih terbaik apabila masih mampu sebelum ini menyiarkan perlawanan live bola sepak namun perkara ini sekarang disebaliknya. RTM tidak sudah tidak mampu atas kos pembayaran atau atas dasar apa?

Perlu diingat bola sepak adalah sukan nombor satu paling diminati di negara kita. Kerajaan dan FAM juga suruh kita menyokong bola sepak tempatan tetapi kenapa hal begini boleh terjadi?

Sejak sekian lama RTM menyiarkan perlawanan bola sepak tempatan namun adakah perkara ini terjadi kerana ASTRO mengambil alih sebagai penyiar rasmi. Hal mengenai bayaran yang dikatakan mahal itu sepatutnya tidak berlaku kerana kerajaan pastinya mampu membayar. Lagipun perlawanan bola sepak selalunya ditaja oleh syarikat gergasi.

Bukan semua rakyat melanggan ASTRO dan banyak yang tidak mampu melanggan televisyen berbayar. Penduduk kampung terutamanya tidak dapat menonton perlawanan bola sepak yang menjadi kebanggaan mereka untuk melihat anak muda bermain bola sepak.

Warga tua antara yang ramai meminati sukan ini dan mereka menontonnya di rumah . Persoalannya, adakah pihak bertanggungjawab ini tidak nampak peranan mereka menyiarkan perlawanan bola sepak secara langsung ini?

Jika kita mampu mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia dengan kos tinggi, mengapa kita tidak mampu membayar kos penyiaran bola sepak tempatan?

Pihak ASTRO juga perlu memikirkan hal ini dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata serta mahu monopoli sukan bola sepak ini.

MOHD YAKOP IKRAM,
Kuala Lumpur.
Rabu-27.4.2011

p/s Tiga badan yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini ialah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus mencari jalan penyelesaian serta menamatkan konflik yang berlaku. Rakyat sentiasa menanti siaran perlawanan bola sepak Malaysia. Masih belum terlambat RTM mendapatkan tayangan perlawanan di Tv1 atau di Tv2.Rungutan daripada banyak pihak telah saya dengar antaranya dari golongan yang bukan sahaja golongan muda yang memang meminati bola sepak tetapi juga ia daripada penduduk kampung dan warga emas. Atas inisiatif itulah saya cuba menulis untuk disampaikan pihak terbabit dalam membantu rakyat untuk mendapat menonton semula perlawanan bola sepak di RTM. Saya disini membawa 1 suara 1 Malaysia untuk perkara seperti ini.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Tuesday, April 26, 2011

Penghujung Bola Sepak Eropah : Kemuncak Kejuaran Liga dan Liga Juara-Juara

KEJUARAAN LIGA


Kejuaraan Liga Perdana England (EPL), Primera Spain dan Serie A antara menjadi perhatian seluruh masyarakat di negara ini. Pada minggu lalu tumpuan terarah kepada kejuaraan tropi Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) yang berlangsung antara Barcelona vs Real Madrid yang mana telah dimenangi oleh Real Madrid 1-0 hasil jaringan C.Ronaldo pada masa tambahan. Penguasaan bola daripada pasukan Barcelona tidak menghalang Real menjaringkan gol. Sejarah baru tercipta oleh Jose Mourinho yang berjaya menewaskan seteru utama mereka itu. Kejayaan bermain secara bertahan membuahkan hasil. Namun di Liga , Real masih ketinggalan 8 mata yang masih berbaki 5 perlawanan. Minggu ini juga Real berjaya menumpaskan Valencia 6-3 dan Barcelona menang 2-0 ke atas Osasuna.

EPL pula menyaksikan pasukan tangga teratas M.U telah melakar kemenangan tipis 1-0 di laman sendiri yang mana menentang pasukan Everton. Dengan baki 4 perlawanan M.U perlu mengalahkan Arsenal di Emirates pada minggu ini serta akan berdepan Chelsea di Old Traford. Kemenangan membawa kepada kejuaraan ke-19 buat M.U. Satu sejarah baru akan dilakar skuad kendalian Alex Ferguson ini yang mana paling banyak memenangi kejuaraan EPL. Arsenal yang tewas 2-1 di tangan Bolton semakin jauh ketinggalan 9 mata dan Chelsea pula menang 3-0 menewaskan West Ham United. Chelsea mengekori rapat M.U dengan 6 mata. Sudah pasti perlawanan tumpuan Arsenal vs Man Utd serta Chelsea vs Tottenham.

Perlawanan minggu ini 30 April dan 1 Mei

Sat30/04/11Blackburn Rovers 22 : 00Bolton Wanderers
More info


Blackpool 22 : 00Stoke City
More info


Sunderland 22 : 00Fulham
More info


West Bromwich … 22 : 00Aston Villa
More info


Wigan Athletic 22 : 00Everton
More info
Sun01/05/11Chelsea 00 : 30Tottenham Hotspur
More info


Birmingham City 19 : 00Wolverhampton …
More info


Liverpool 19 : 00Newcastle United
More info


Arsenal 21 : 05Manchester United
More info


Manchester City 23 : 10West Ham United




Penjaring Terbanyak EPL


Player Team Goal Penalty goals First goals
21 0 9
19 5 8
15 2 6
15 3 12
13 1 9
13 0 7
13 0 7
12 1 7
12 0 6
12 2 6
12 4 8
11 0 5
11 4 5
10 1 6
10 0 6




Jadual Perlawanan Liga Primera



01/05/11Real Madrid 00 : 00Real Zaragoza
More info


Real Sociedad 02 : 00Barcelona
More info


Deportivo La C… 04 : 00Atlético Madrid
More info


Almería 23 : 00Sevilla
More info


Levante 23 : 00Sporting Gijón
More info


Málaga 23 : 00Hércules
More info


Racing Santander 23 : 00Mallorca
More info
Mon02/05/11Villarreal 01 : 00Getafe
More info


Osasuna 03 : 00Valencia
More info
Tue03/05/11Espanyol 03 : 00Athletic Bilbao



Penjaring Terbanyak Liga Primera

Player Team Goal Penalty goals First goals
31 4 12
29 7 6
18 0 7
17 4 9
16 1 5
16 0 11
14 1 7
13 0 5
13 4 7
12 1 7
12 0 4
11 2 6
11 0 6
11 0 6
10 3 5


LIGA JUARA-JUARA (UEFA Champions League)

Raul, Giggs melakar sejarah peribadi


Raul vs Giggs

Kedua-dua pemain cipta 176 penampilan Eropah Penyerang terhangat Schalke 04, Raul Gonzalez teruja untuk berdepan pemain Manchester United, Ryan Giggs pada pertembungan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok, apabila kombinasi usia dua pemain veteran yang mencecah 70 tahun itu berusaha untuk merangkul kejuaraan terunggul Eropah musim ini.

RAUL
R.GIGGS

Kelab kurang popular Schalke dari Jerman mengejutkan banyak pihak apabila melangkah ke saingan empat terakhir buat pertama kali dalam sejarah kelab itu selepas me­nyingkirkan penyandang juara, Inter Milan di suku akhir.

Dan kini, gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), United menjadi halangan seterusnya untuk menempah tempat ke pentas final di Stadium Wembley 28 Mei depan, yang bakal menjadi penampilan pertama Raul di laman popular Utara London itu.

Apa yang paling mendapat perhatian daripada pertembu-ngan itu adalah pertemuan di antara dua veteran, Raul, 33, dan Giggs, 37, dengan antara mereka sudah mencipta 176 penampilan Liga Juara-Juara selain meledak 98 gol - 71 milik Raul yang juga rekod kejohanan selain lima kejuaraan.

Raul memiliki rekod yang amat dicemburui United, pemenang tiga kali kejuaraan Eropah itu, dengan meledak empat kali ketika bersama Real Madrid tetapi dia mengakui amat menghormati bintang veteran United, Giggs dan rakan sepasukannya berusia 36 tahun, Paul Scholes.

"Giggs dan Scholes adalah pemain yang amat dikagumi ramai," kata Raul. "Persamaan di antara kami ialah kami mencintai kerjaya ini. Bola sepak adalah dunia kami. Mereka adalah pemain profesional hebat yang pandai menjaga diri dan berlatih dengan baik. "Buat Giggs, untuk terus kekal bermain pada tahap se-perti ketika berusia 17 tahun, amat mengagumkan. Saya gembira untuk menukar jersi denganya selepas perlawanan dan menjadi satu penghormatan besar jika memiliki jersi itu."

Seperti Giggs, kehebatan Raul juga sukar disangkal apabila penyerang ini beraksi dalam 31 perlawanan bersama Schalke dalam kempen Bundesliga musim ini, selain 44 penampilan dalam semua kejohanan dengan meledak 18 gol.


L.Messi vs C.Ronaldo

Pertembungan 2 gergasi Spain ini amat dinantikan selepas pertembungan epik mereka sebanyak 4 kali dalam tempoh 18 hari. Barca seri 1-1 ketika perlawanan liga spain dan kalah 1-0 dalam perlawanan akhir Copa del Rey pastinya berada dalam tekanan untuk memenangi perlawanan pertama di Nou Camp.



Semi Finals Champions League

Day Date Home team Score/Time Away team





Wed 27/04/11 Schalke 04 02 : 45 Manchester United
More info
Thu 05/05/11 Manchester United 02 : 45 Schalke 04
More info




Thu 28/04/11 Real Madrid 02 : 45 Barcelona
More info
Wed 04/05/11 Barcelona 02 : 45 Real Madrid