Kerja Kosong

Thursday, April 21, 2011

KHAS UNTUK PEMIMPIN NEGARA

PEMIMPIN PERLU PEKA KEPERLUAN DAN KEHENDAK RAKYAT

PEMIMPIN perlu memahami kehendak dan keperluan rakyat. Itulah perkara utama yang perlu difahami oleh pemimpin dalam setiap negara mana sekalipun. Keupayaan pemimpin mentadbir negara dengan baik menjadi titik tolak kepada pandangan masyarakat di sesebuah negara. Menyentuh kepada negara kita , keupayaan pemimpin nombor satu negara atau Perdana Menteri menjadi tonggak utama dalam menjadikan Negara keadaan terbaik dari dalam semua aspek. Barisan kabinet pula membantu dalam membuat dasar untuk kepentingan rakyat.

Di sini beberapa penekanan penting perlu dilaksanakan oleh pemimpin. Jika kerajaan mempunyai aspirasinya, rakyat pun mempunyai aspirasi yang tersendiri. Rakyat telah mengundi dalam pilihan raya untuk memilih wakil rakyat. Wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat perlulah bekerja untuk rakyat yang mana itulah tujuan sebagai seorang wakil rakyat . Dunia demokrasi itulah menjadi titik tolak untuk menjurus kepada kepentingan rakyat seperti mana yang dikatakan oleh Abraham Lincon sebagai “pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat” .

Pandangan saya kepada pemimpin ialah antaranya pertama seperti yang dikatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak ialah bahawa rakyat bukan hanya mengharapkan pembangunan semata-mata tetapi sebuah kerajaan yang mampu mentadbir dengan cekap, telus dan bersih yang boleh dianggap sebagai tadbir urus yang baik. Sememangnya sebagai rakyat kita mahukan perkara ini berlaku. Rasuah dan politik wang antara polemik besar yang melanda banyak Negara dan kita termasuk sama. Rakyat menolak perkara seumpama ini berlaku di Negara kita. Persoalannya bagaimana untuk membebaskan kita bebas dari cengkaman masalah ini? Pemimpin atasan sendiri perlu wajar bersih baik kerajaan dan pembangkang. Jika kata-kata kalau kerajaan sahaja yang terbabit dalam rasuah semata-mata tidak tepat sama sekali. Itu hanya pandangan bersifat berat sebelah. Kita kena hapuskan rasuah di dalam negara ini supaya tidak menjadi anasir jahat yang merosakkan negara kita sendiri.

Selain itu, seharusnya tiada tembok yang wujud antara pemimpin dengan rakyat kerana untuk berjaya dalam sistem demokrasi berparlimen, pemimpin perlu berjiwa rakyat.Rakyat memerlukan pemimpin bersama mereka bermaksud pemimpin yang turun padang melihat mereka dengan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pemimpin hendaklah sentiasa menjaga kawasan mereka, banyak wakil rakyat jarang turun ke padang menyelesaikan masalah rakyat. Pemimpin hendaklah selalu mendampingi rakyat barulah rakyat merasakan mereka ini mengambil berat terhadap mereka dan membantu mereka. Tambahan dengan pendekatan tidak formal bersama rakyat seperti dikatakan Dato Najib adalah lebih baik untuk dilihat dari kaca mata rakyat sendiri.

Juga perkara yang penting perlu dilihat oleh kerajaan ialah memastikan negara ini dapat menghapuskan masalah kemiskinan, meningkat taraf hidup rakyat, serta menyelesaikan masalah pekerjaan. Dengan banyak projek dan program yang dibuat oleh kerajaan seharusnya diisi sepenuhnya rakyat yang mahukan pekerjaan. Peluang-peluang pekerjaan kepada para pelajar dari pelbagai bidang perlu diambil oleh kerajaan. Persoalannya adakah peluang pekerjaan kepada berpuluh ribu para pelajar lepasan universiti cukup untuk diisi dalam sektor pekerjaan di negara ini?

Kemungkinan berpuluh ribu pelajar lepasan universiti masih mencari pekerjaan. Kita mahu mengelak dan menyelesaikan masalah pengangguran di negara kita ini. Hal ini merupakan perkara penting kerana antara membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik serta meningkat kadar KDNK. Sasaran 6 % dan keatas mulai tahun ini hingga 2020 antara penekanan dan tumpuan kerajaan bagi mencapai status negara maju serta perdapatan tinggi. Jadi kerajaan perlu menyelesaikan masalah ini.

Beberapa perkara telah diperkatakan dan diharapkan kerjasama antara semua pihak iaitu kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO) perlu dilakukan dan dilaksanakan bagi merealisasikan transformasi terhadap rakyat. Rakyat juga semestinya bertanggungjawab membantu dan menyokong langkah kerajaan dalam melaksanakan projek dan program kerajaan barulah akan menyelesaikan masalah ini.

P/S Harap dibaca para pemimpin negara Malaysia...

No comments:

Post a Comment