Kerja Kosong

Saturday, April 2, 2011

Bola Sepak Eropah : 8 Minggu Yang Mencabar Untuk Merebut Kejuaraan

Kemuncak Kejohanan dan Kejuaraan Bola Sepak Eropah

Masuk bulan 4, merupakan bulan yang paling mencabar dalam permainan pasukan Bola Sepak Eropah . Musim 2010/2011 ini akan tamat dalam masa lebih kurang 8 minggu sahaja lagi. Tumpuan bola sepak pada masa ini akan tertumpu kepada kejohanan Liga dan kejuaraan Eropah (Champions League) yang paling dinantikan peminat bola sepak.

English Premier League (EPL) antara yang paling menjadi tumpuan ramai peminat di seluruh dunia. Bola Sepak England antara yang paling ramai penonton di dunia. EPL telah mendominasi dunia bolasepak di Asia dan Malaysia antaranya mempunyai peminat yang ramai liga domestic England ini. Pasukan seperti Manchester United(MU), Liverpool, Arsenal serta Chelsea menjadi tumpuan ramai. Namun sejak akhir-akhir kebangkitan dua, tiga pasukan dalam EPL seperti Manchester City, Tottenham Hotspurs dan Everton mengugat dominasi Big Four di EPL. Juga kejatuhan pasukan Liverpool antara perkara menarik di EPL.

Kejuaraan Liga rata-rata seperti di England, Sepanyol, Jerman, Itali hanya tinggal 10 perlawanan dan kejuaran Eropah sudah masuk ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung pada minggu ini. Jika di Liga EPL, MU mendahuli, Liga Sepanyol- Barcelona, Liga Itali-Ac Milan, Jerman-Borussia Dortmund. Persaingan Liga Premiera Sepanyol antara menjadi tumpuan juga kerana ramai peminat 2 kelab terbesar dunia iaitu Barcelona dan Real Madrid. Kedua2 pasukan mempunyai peminat yang tersendiri. Permainan menarik kedua2 pasukan ini sememangnya dinantikan peminat pasukan ini. Dengan ramai pemain yang hebat di kedua2 kelab ini menyebabkan mereka ini diminati, Real Madrid mempunyai ramai pemain bintang yang sering dikaitkan dengan pembelian nilai beratus juta. pemain seperti C.Ronaldo, Iker Casilas, Kaka, Benzema, Higuain, Alonso, Sergio Ramos merupakan pemain hebat yang mereka miliki. Barcelona ape kurangnya dengan Lionel Messi merupakan tonggak penting selain dibantu David Villa, Aniesta, Xavi, Puyol, Pedro, Pique, Alvez yang antara pemain terbaik dunia pada masa ini. Persaingan 2 kelab ini merancakkan Liga Primera ini. Namun beberapa kelab seperti Villareal, Atletico Madrid, Valencia, Sevilla, Espanyol antara kelab yang memberi persaingan hebat di dalam kancah liga premira.


JADUAL PERLAWANAN MANCHESTER UNITED MUSIM 2010/2011

Sebagai peminat MU sejak kecil pasti amat mendebar menunggu perlawanan yang hanya tinggal 8 perlawanan dalam EPL. Adakah MU mampu mengulangi sejarah menjulang treble pada tahun 1999 akan berlaku sentiasa dinantikan peminat pasukan MU. MU masih dalam laluan kearah itu yang mana MU masih mendahului 5 mata meninggalkan Arsenal di tempat kedua. Persaingan begitu sengit dengan jurang mata yang tidak begitu jauh. Pasukan Chelsea, Arsenal, Man City dan Totenham masih berpeluang untuk menjulang kejuaraan EPL pada musim ini. Untuk mengetahuinya bulan 4 dan 5 menjadi bulan penentunya. Kita nantikannya….

*Trivia MU*

Pasukan MU pada musim ini mengalami masalah yang ketara akibat daripada penyerang utama dan sensasi MU , Wayne Rooney mengalami kecederaan yang dihadapi pada hujung musim lalu selepas perlawanan pada persaingan CL bertemu B.Munich. Kecederaan yg dialami telah menyebabkan beliau hilang rentak selepas itu. Pada satu ketika Rooney yg mengeluarkan kenyataan ,mahu berpindah ke kelab lain. Rooney dicemuh peminat Mu. Keputusan Rooney menarik semula keputusannya itu dimulai dengan menyain kontark 5 tahun. Dalam pada itu juga permainan Rooney masih di tahap yg baik. Hingga kini Rooney hanya banyak membantu kwan2 pasukan untuk menjaringkan gol.

Tonggak utama musim ini terarah kepada 2 penyerang MU iaiti Berbatov dan J.Hernandez. Kemasukan Hernandez memberi sinar baru kpd pengurus Alex Ferguson atas keupayaan beliau menjaringkan gol. Berbelas jaringan yang dilakukan oleh beliau pada musim pertama berada di Old Trafford memberi keyakinan Ferguson meletakkan Hernandez pemain kesebelasan utama. Berbatov pula tampak menjadi di awal saingan musim ini dan kini sebagai penjaring terbanyak di EPL. namun beliau sejak akhir2 ini hnya menjadi pemain bangku simpanan atas keputusan Ferguson menyenaraikan Rooney dan Hernandez di bahagian serangan.



Selain itu, pemain sayap MU iaitu Nani menjadi nadi penting dan penggerak kepada jaringan gol. Nani telah banyak menjaringkan gol disamping assit yg dilakukan kpd penyerang untk menjaringkan gol. Ketiadaan Valencia memberi peluang kpd Nani menunjukkan bakat terhebat beliau. Jaringan kaki kiri beliau digeruni oleh pihak lawan serta larian pantas beliau.


MANCHESRTER UNITED

Premier League History

1992/93 - Inaugural members of the Premier League
1992/93 - Eric Cantona signs from Leeds United for £1.2m
1992/93 - Win FA Carling Premiership
1993/94 - Win FA Carling Premiership and FA Cup
1995/96 - Win FA Carling Premiership and FA Cup
1996/97 - Win FA Carling Premiership
1998/99 - Win FA Carling Premiership, European Cup, and FA Cup
1999/00 - Win FA Carling Premiership
2000/01 - Win FA Carling Premiership
2001/02 - Juan Sebastian Veron breaks the British transfer record with a £28m move from Lazio
2002/03 - Win Barclaycard Premiership
2003/04 - Win FA Cup
2005/06 - American Malcolm Glazer takes control of club
2005/06 - Win League Cup
2006/07 - Win Barclays Premiership
2007/08 - Win Barclays Premier League, win European Cup
2008/09 - Buy Dimitar Berbatov for club record £30.75m. Win Barclays Premier League, Carling Cup, World Club Championship.
2009/10 - Sell Cristiano Ronaldo to Real Madrid for £80m. Win Carling Cup.

Antara Lagenda Man Utd

1 comment:

  1. I'm impressed, I must say. Seldom do I encounter a blog that's both equally educative and amusing, and without a doubt, you have
    hit the nail on the head. The problem is something which not enough people are speaking intelligently about.
    Now i'm very happy that I came across this in my hunt for something regarding this.

    my blog :: alprazolam

    ReplyDelete