Video 69 saat ditonton lebih 1.7 juta
LOS ANGELES: Video 69 saat yang menyaksikan David Beckham menendang tiga bola masuk ke tiga tong sampah dari jarak jauh di pantai California ditonton lebih 1.7 juta, pengunjung YouTube.
Bagaimanapun, Beckham cuba mengelak ketika ditanya sama ada video hebat untuk label minuman ringan popular itu adalah benar atau diubah suai.
“Sememangnya saya menghabiskan masa hampir enam jam di pantai. Pastinya mempunyai masa yang lebih dari cukup untuk berlatih,” kata Beckham.
Dengan hanya memakai seluar pendek khaki dan berbaju T, putih, Beckham meletakkan minuman ringan yang dipegangnya sebelum menendang tiga bola masuk ke tong sampah ketika orang ramai yang menyaksikan aksi itu terpaku. Lagak itu sungguh hebat, apatah lagi bekas bintang Manchester United itu hanya berkaki ayam.
Beckham kemudian menoleh memandang kamera seraya berkata: “Kan, saya dah cakap.” Kini, semakin banyak syarikat ternama Amerika Syarikat menggunakan atlet berprofil tinggi untuk melakukan lagak video hampir luar biasa sebagai cara bagi mempromosi pasaran produk mereka kepada generasi lebih muda.
Dalam video lain, bintang NBA, Kobe Bryant melompat ke atas kereta yang sedang memecut laju, wira NHL, Sidney Crosby pula memukul puck dengan ketepatan luar biasa manakala juara tenis, Roger Federer memukul tin krim pencukur dari kepada seorang lelaki dengan servis laju. - AFP
*TerBaiK......
No comments:
Post a Comment