Kerja Kosong

Sunday, April 3, 2011

Pemimpin Perlu Bebas Rasuah, Peka Isu Rakyat

KHAS UNTUK PEMIMPIN

2011/04/02-Berita Harian

PEMIMPIN perlu memahami kehendak dan keperluan rakyat. Keupayaan pemimpin mentadbir negara dengan baik menjadi titik tolak kepada pandangan masyarakat di sesebuah negara.

Jika kerajaan mempunyai aspirasinya, rakyat pun mempunyai aspirasi tersendiri. Rakyat mengundi dalam pilihan raya untuk memilih wakil rakyat dan mereka yang terpilih perlu bekerja untuk rakyat.
Rasuah dan politik wang antara polemik besar yang melanda banyak negara termasuk negara kita. Rakyat menolak gejala ini daripada terus berlaku. Persoalannya bagaimana untuk membebaskan kita daripada masalah ini?
Pemimpin atasan sendiri tidak kira kerajaan mahupun pembangkang wajar bersih daripada gejala berkenaan.

Kalau ada pihak menyatakan hanya pemimpin kerajaan perlu bersih dan tidak terbabit dengan rasuah adalah tidak tepat sama sekali. Itu hanya pandangan bersifat berat sebelah.

Selain itu, seharusnya tidak ada tembok di antara pemimpin dengan rakyat. Untuk berjaya dalam sistem demokrasi berparlimen, pemimpin perlu berjiwa rakyat.
Rakyat mengharapkan pemimpin sentiasa turun padang untuk melihat masalah mereka dan menyelesaikannya.

Namun, ramai wakil rakyat jarang turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat. Pemimpin hendaklah selalu mendampingi rakyat.

MOHD YAKOP IKRAM,
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment