Kerja Kosong

Friday, April 22, 2011

Perbanyakkan Filem Berunsur Sejarah

Fokus Utama : Filem Berkualiti, Bajet Besar, Minat Terhadap Sejarah.

KEJAYAAN filem epik aksi Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) di pagawan baru-baru ini menjadi satu perkara penting terhadap industry filem di negara kita. Filem yang berkualiti seperti ini menyebabkan filem ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Keupayaan KRU Studio yang telah melahirkan filem HMM ini harus dipuji. Hal ini kerana pertama filem ini merupakan filem yang berunsurkan sejarah dan kedua filem epik ini membawa haluan imaginasi kita ke tahap maksimum sehingga akan menimbulkan rasa kagum dan percaya apa yang berlaku pada ketika itu.



Secara realitinyanya cerita ini dibuat dengan bantuan CGI yang mana aplikasi teknik CGI ini digunakan untuk memberi kesan khas kepada ketinggian kualitinya dan penggunaan kesan khas itu dapat dikawal dari segi penggunaannya. Jika diberi bajet yang lebih besar pasti tahap cerita dan kualiti yang lebih baik daripada filem ini. Hakikatnya filem-filem Barat yang ada di luar sana menggunakan teknik ini dengan kos bernilai beratus juta dollar. Jika kita dengan hasil 8 juta menunjukkan filem sedemikian kalau diberi 20 atau 30 juta saya rasa filem kita juga akan hebat dan setanding dengan filem Barat.

Filem yang berdasarkan genre atau unsur sejarah amat kurang sekali di negara kita. Filem epik-aksi seperti HMM menceritakan kembali kepada kita mengenai mitos yang dikatakan telah ditelan zaman. Mitos yang dahulunya wujud di hati penglipurlara di zaman purbawara ini membawa kita menyusur galur sebuah lagi kisah zaman pemerintahan yang agung. Ini merupakan salah satu filem berunsurkan sejarah.


Jika di luar negara sememangnya sudah banyak mereka membuat filem berunsurkan sejarah negara masing-masing. Mungkin filem HMM boleh menjadi satu titik permulaan bagi negara kita melahirkan filem unsur sejarah yang baik dan berkualiti . Kementerian Kebudayaan dan Warisan antara yang memainkan peranan penting dalam membantu dari sudut bajet untuk keluarkan filem sejarah. Perkara yang paling penting dalam melahirkan filem sejarah ialah membantu sebagai medium untuk menarik minat pelajar dan masyarakat terhadap Sejarah. Filem telah menjadi tontonan masyarakat umum khasnya dan hal ini ianya boleh menarik dan melahirkan minat terhadap bidang Sejarah . Pelajar sekolah juga pasti tertarik terhadap filem yang berunsur sejarah ini sekaligus membantu menambahkan minat terhadap bidang sejarah dan juga membantu pengajaran matapelajaran sejarah di sekolah. Pastinya semua ini akan memberi satu kesan yang positif terhadap negara kita.


Antara contoh filem yang negara kita boleh buat ialah Kesultanan Melayu Melaka, Kerajaan Perak, Johor dan sebagainya. Banyak kisah dan hikayat-hikayat yang berlaku di setiap kerajaan negeri pada masa lalu. Peperangan merupakan satu pentas utama antara kerajaan-kerajaan negeri antaranya pada satu ketika dengan merebut kuasa, merebut kekayaan, meluaskan wilayah dan juga kisah peperangan dengan kuasa luar pun berlaku banyak pengkisahan. Kisah Portugis, Belanda, British, Siam, Acheh, China antara kuasa luar yang pernah melopori Alam Melayu. Untuk membuat filem-filem berunsur sejarah di Negara kita ini sumber seperti Buku, Dokumen, dan Pakar Sejarah di dalam negara ini sudah cukup untuk kita membuat cerita dan filem sejarah.


Jika HMM yang diambil cerita asalnya dari sebuah buku mitos dan mampu difilemkan dengan interpretasi yang tersendiri, tiada alasan mengapa selepas ini kita tidak boleh buat filem sperti HMM selepas ini. Dengan harapan selepas ini akan ada filem berunsur sejarah yang baik kualitinya akan dipertontonkan di panggung wayang lagi.


Prof Koo Kay Kim dan Prof Abdullah Zakaria antara 2 sejarahwan yang pakar dalam Sejarah Malaysia. Kita boleh merujuk kepada mereka yang mempunyai banyak ilmu dalam bidang sejarah.

p/s Mestila filem sejarah dah teman pun pelajar sejarah. buat filem sejarah juga boleh memperkenalkan sejarah itu sendiri. Kan mudah..entah2 dari filem membuat masyarakat nak tau lagi kisah sejarah itu. Juga minat datang selepas menonton cerita atau filem2 di pawagam. Manala tahu kan...

No comments:

Post a Comment