RAMAI masih kecewa apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan perlawanan bola sepak tempatan terdiri daripada Liga Super, Piala FAM dan Piala Malaysia.
Slogan atau tagline ‘sukan terbaik hanya di RTM’ hanya indah dari rupa. Hal ini kerana pasti sukan terbaik di Malaysia dan peringkat dunia adalah bola sepak, namun sukan ini sudah tidak ada di RTM.
Pada suata ketika RTM tampak masih terbaik apabila masih mampu sebelum ini menyiarkan perlawanan live bola sepak namun perkara ini sekarang disebaliknya. RTM tidak sudah tidak mampu atas kos pembayaran atau atas dasar apa?

Perlu diingat bola sepak adalah sukan nombor satu paling diminati di negara kita. Kerajaan dan FAM juga suruh kita menyokong bola sepak tempatan tetapi kenapa hal begini boleh terjadi?
Sejak sekian lama RTM menyiarkan perlawanan bola sepak tempatan namun adakah perkara ini terjadi kerana ASTRO mengambil alih sebagai penyiar rasmi. Hal mengenai bayaran yang dikatakan mahal itu sepatutnya tidak berlaku kerana kerajaan pastinya mampu membayar. Lagipun perlawanan bola sepak selalunya ditaja oleh syarikat gergasi.
Bukan semua rakyat melanggan ASTRO dan banyak yang tidak mampu melanggan televisyen berbayar. Penduduk kampung terutamanya tidak dapat menonton perlawanan bola sepak yang menjadi kebanggaan mereka untuk melihat anak muda bermain bola sepak.
Warga tua antara yang ramai meminati sukan ini dan mereka menontonnya di rumah . Persoalannya, adakah pihak bertanggungjawab ini tidak nampak peranan mereka menyiarkan perlawanan bola sepak secara langsung ini?
Jika kita mampu mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia dengan kos tinggi, mengapa kita tidak mampu membayar kos penyiaran bola sepak tempatan?
Pihak ASTRO juga perlu memikirkan hal ini dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata serta mahu monopoli sukan bola sepak ini.

MOHD YAKOP IKRAM,
Kuala Lumpur.
Rabu-27.4.2011
p/s Tiga badan yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini ialah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus mencari jalan penyelesaian serta menamatkan konflik yang berlaku. Rakyat sentiasa menanti siaran perlawanan bola sepak Malaysia. Masih belum terlambat RTM mendapatkan tayangan perlawanan di Tv1 atau di Tv2.Rungutan daripada banyak pihak telah saya dengar antaranya dari golongan yang bukan sahaja golongan muda yang memang meminati bola sepak tetapi juga ia daripada penduduk kampung dan warga emas. Atas inisiatif itulah saya cuba menulis untuk disampaikan pihak terbabit dalam membantu rakyat untuk mendapat menonton semula perlawanan bola sepak di RTM. Saya disini membawa 1 suara 1 Malaysia untuk perkara seperti ini.
Majulah Sukan Untuk Negara.
Majulah Sukan Untuk Negara.
No comments:
Post a Comment