Aduan : Komen / Cadangan 27 April 2011 : Kecewa RTM Tak Siar
Perlawanan Bola Sepak
Pengadu : Mohd Yakop Ikram
Lokasi : Kuala Lumpur
Medium Aduan : E-Aduan KPKK / Akhbar Berita Harian m.s. 28 (Ruangan
Surat & E-mel)
Aduan : Merujuk kepada aduan tuan menerusi akhbar Berita Harian m.s. 28, bertarikh 27 April 2011, pihak jabatan mengambil maklum.
Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengucapkan
terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap siaran sukan
bola sepak di RTM. Kami sedar tentang kecenderungan dan minat khalayak ramai terhadap sukan bola sepak.
Berhubung kenyataan tuan mengenai perlawanan bola sepak selalunya ditaja oleh syarikat gergasi dengan siaran perlawanan bola sepak, perkara tersebut merupakan dua perkara yang berbeza. Jika sesebuah stesen ingin membuat liputan perlawanan bola sepak, maka stesen tersebut memerlukan hak siaran.
Sebagai saluran TV awam, adalah menjadi tanggungjawab RTM untuk menyiarkan rancangan sukan yang mendapat perhatian utama khalayak, malangnya pihak RTM berdepan dengan masalah hak siaran FTA (free to air) yang ketika ini dimiliki oleh stesen berbayar.
RTM sedang berusaha mendapatkan hak siaran daripada ASTRO yang perlu melalui prosedur biasa bermula dari proses rundingan harga diikuti dengan permohonan, seterusnya menunggu kelulusan Kementerian Kewangan.
Pihak RTM sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap siaran sukan di RTM dan berharap tuan terus memberi sokongan terhadap program-program RTM.
Sekian.
Jabatan Penyiaran Malaysia
p/s Terima kasih atas maklum balas atas perkara ini. Harap pihak RTM dapat kembali hak penyiaran.
tak de link ke untuk bloger tinglkn jejak?
ReplyDeleteape maksudnye tu ye..?
ReplyDelete