Kerja Kosong

Saturday, April 9, 2011

JEPUN DALAM TRAGIS 2011




HUBUNGAN MALAYSIA-JEPUN

Selalu negara kita banyak hendak meniru negara Jepun dalam banyak benda dan perkara. Jika sebelum ini saya pun dengan tulisan saya “pro-Jepun” atas kecanggihan teknologinya disamping mempunyai kekuatan yang hebat dalam semangat patriotik mereka. Negara matahari terbit ini sememangnya dikagumi oleh banyak negara termasuklah negara kita. Dasar Pandang Ke Timur yang telah dibuat dan dilaksanakan sejak zaman PM Tun Mahathir Muhammad amat dikagumi. Sehingga kini kita masih mempunyai hubungan yang rapat dengan Jepun atas dasar ekonomi.

Hubungan bilateral atau hubungan dua hala Malaysia-Jepun mempunyai impak yang besar dalam sector ekonomi Negara dan Jepun juga telah menjadi antara rakan dagang Malaysia yang terbesar. Tun Mahathir cukup kagum dengan kejayaan Jepun yang bangkit dari Perang Dunia Kedua. Jepun menjadi kuasa ekonomi yang setanding dengan Amerika, Britain dan Jerman. Saintis Jepun berjaya mengeluarkan kereta robot dan 1001 alatan elektrik yang tidak sebanding dengan Barat. Dasar 'Buy British Last' era Margaret Thatcher turut merancakkan Dasar Pandang ke Timur ini.

Pada 2008, Jepun merupakan rakan dagang dan destinasi eksport Malaysia ketiga terbesar. Jumlah dagangan Malaysia dengan Jepun bernilai RM136.7 bilion, meningkat 16.5 peratus berbanding 2007. Eksport ke Jepun mencecah RM71.6 bilion manakala import bernilai RM65.2 bilion. Sehingga Disember 2008, 2,260 projek bernilai RM49.6 bilion dilaksanakan di Malaysia terutama sektor pembuatan.Jepun menjadi pelabur asing terbesar di Malaysia pada 2008 dengan kelulusan 63 projek bernilai RM5.6 bilion.

Selain itu, dalam industri kereta di negara ini kilang kereta Nasional Proton mendapat kerjasama daripada syarikat Mitsubishi. Perodua MyVi keluaran Perodua berdasarkan kereta Daihatsu. Sejak Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan Malaysia menyatakan tumpuan kerjasama dalam sektor ekonomi, perindustrian, latihan teknologi, akademik, penyelidikan ,pengurusan dan juga pelbagai bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan pergigian.

Jika kita lihat Jepun dari segi teknologi, bahasa serta permainan bola sepak amat saya kagumi. Pengeluaran teknolgi canggih seperti alat permainan, robot, gadget2, teknologi kereta semuanya ada dipasaran dunia. Jepun menjadi Negara Maju dengan berjaya dalam membentuk budaya dan pemikiran yang begitu baik sekali di negara itu. Selain itu hubungan Jepun dengan negara-negara Asean (multilateral) juga amat kukuh. Beberapa program telah dilaksanakan dengan kerjasama Jepun-Asean member manfaat baik hubungan dengan Negara Asia Timur. Asean +3 iaitu bersama Korea Selatan serta China memberi impak besar dalam membentuk hubungan di rantau Asia dengan saling bekerjasama pelbagai bidang dan memberi kemasukan pelaburan yang amat baik.


GEMPA BUMI, TSUNAMI DAN KRISIS NUKLEAR

Amat tragis baru-baru ini Jepun dilanda gempa bumi serta tsunami dan lebih lagi yang lebih dasyat ialah krisis nuklear. Krisis nuklear bermula selepas sistem penyejukan reaktor-reaktor nuklear di loji Fukushima Daiichi rosak akibat gegaran kuat gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter yang melanda pada 11 Mac lalu, disusuli oleh tsunami. Tidak lama kemudian, beberapa letupan dan kebakaran menyebabkan kebocoran radiasi berlaku di loji tersebut




Tsunami telah banyak mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda.
Jepun akhirnya terpaksa mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan. Perkembangan itu berlaku selepas agensi keselamatan nuklear Jepun mendedahkan bahawa bacaan radiasi di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi melonjak sebanyak 4,385 kali ganda berbanding takat yang dibenarkan.

Pengumuman dramatik tentang penutupan semua empat reaktor itu dibuat pada Selasa lalu oleh Pengerusi Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), Tsunehisa Katsumata yang mengendalikan loji nuklear tersebut. . Loji Fukushima Daiichi terletak sekitar 240 kilometer dari ibu negara Jepun, Tokyo. Tahap radiasi yang dicatatkan di dalam laut sekitar loji Fukushima Daiichi ialah 3,355 kali ganda daripada bacaan normal.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang jurutera nuklear Amerika Syarikat (AS), Michael Friedlander memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia bimbang kesan pencemaran air laut yang berlaku. "Plankton menyerap radiasi, ikan memakan plankton, ikan besar pula memakan banyak ikan kecil. Justeru, kandungan radiasi akan berlaku dalam rantaian makanan.

Seorang pakar nuklear memberi amaran pencemaran radiasi daripada loji nuklear Fukushima Daiichi akan berterusan kerana batang-batang bahan api nuklearnya mengambil masa hingga 100 tahun untuk sejuk.Bekas anggota dasar keselamatan nuklear Britain, Dr. John Price berkata, tempoh itu diperlukan sebelum batang-batang nuklear itu sejuk dan selamat untuk dipindahkan. Dalam perkembangan berkaitan, Jepun dilapor bersedia menimbus reaktor-reaktor nuklear itu dengan mencurahkan bertan-tan bahan konkrit sebagai jalan terakhir bagi mengatasi krisis nuklear Fukushima Daiichi sekiranya usaha yang dilaksanakan sekarang gagal.




Gambar oleh Syarikat Tenaga Elektrik (TEPCO) menunjukkan keadaan empat reaktor nuklear Fukushima Daiici yang rosak.


Dalam pada itu, beribu-ribu mayat mangsa bencana gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu masih belum dipungut kerana mayat-mayat itu didapati dicemari tahap radiasi yang tinggi. Setakat ini, 11,500 orang disahkan terkorban dengan 16,400 lagi masih hilang dan peluang untuk menemui mayat mereka amat tipis. Tiga minggu selepas bencana itu berlaku, sejumlah 260,000 kediaman di timur laut Jepun masih terputus bekalan air manakala 170,000 rumah lagi terpaksa bergelap.
Jepun menganggap perkara ini tragedi yang paling buruk selepas Perang Dunia Kedua. Letupan bom nuklear di Hiroshima dan Nagazaki memberi kesan buruk atas kesan radioaktif. Hingga kini kesan itu masih terdapat di Jepun. Namun begitu, saya percaya Jepun tidak akan berputus asa membangunkan semula negara ini. Semangat Kamikaze yang tinggi dalam apa jua bidang membolehkan negara Jepun ini akan bangun semula.

No comments:

Post a Comment