Kerja Kosong

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Berbuka Puasa Jabatan dan Persatuan Sejarah Universiti Malaya

Majlis berbuke puasa Persatuan Sejarah UM telah diadakan pada 14 September 2009 di Dataran Sastera Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Majlis bermula dengan kehadiran pelajar dan pensyarah2 Jabatan Sejarah. Majlis bermula dengan ucapan pengarah projek ni..sape ntah,...hehe...kemudiaan majlis dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sastera iaitu Frof Ridzuan Othman yang juga pensyarah di jabatan sejarah. Pelajar2 yang hadir seimbangla antara pelajar tahun pertama, kedua dan final year. Tapi sebenarnya ramai lagi yang tak datang....hehe...nila coret2 sikit masa majlis berbuke puasa tu.....

Sebahagian pensyarah dan pelajar Jabatan Sejarah UM...diketuai oleh Dekan Fakulti iaitu Frof Ridzuan, Ketua Jabatan Sejarah iaitu Dr,Zulkarnain, Frof Abdullah Zakaria Ghazali, Frof Madya Danny Wong, Dr Supian Sabtu, Puan Salina, Frof Yakup...ade ke..?hehe... Presiden Persatuan Sejarah iaitu Syahid dan Pelajar2 persatuan sejarah.

Gambar kenangan bersama pelajar dan pensyarah Jabatan Sejarah

Sebahagian Pelajar Final Year Sejarah

Gambar aku dan membe2 bersama Dr Zul iaitu Ketua Jabatan Sejarah....Saiful,Lokman, Akmal, Melina, Farah, Zulaiha and others.

Selaku pelajar tahun akhir berharap Jabatan Sejarah terus unggul dan berjaya dari semasa ke semasa. Jabatan Sejarah antara jabatan yang tertua di UM juga di Malaysia...betul ma...fakta sejarah tu...hehe...UM ditubuhkan paling tertua di Malaysia dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial paling awal dibina...fakta tu...hehe...jadi jangan main2...power beb...Terima Kasih kepada Jabatan dan Persatuan Sejarah Universiti Malaya yang telah bersama-sama menganjurkan majlis ini...

Sekian Terima Kasih....

Sunday, September 13, 2009

Keputusan Perlawanan Bola Sepak EPL

Perlawanan bola sepak EPL ,Sabtu 19.9.2009 baru habis dengan memasuki perlawanan kelima dengan RESULT :


Spurs 1-3 Man Utd Score Mu( R.Giggs, Anderson, W.Rooney)

Liverpool 4-0 Burnley Liv(3 Benayoun ,D.Kuyt)

Stoke City 1-2 Chelsea Che( Drogba, Maluoda)

Man City 4-2 Arsenal Man City( M. Almunia (o.g.),C. Bellamy ,E.S. Adebayor ,S.W.Phillips )
Ars( v.Persie, T.Rosicky)

Blackburn Rovers 3-1 Wolverhamton

Portsmouth 2-3 Bolton

Sunderland 4-1 Hullcity

Wigan 1-0 Westham


Setelah kembali dari perlawanan antarabangsa yang mana kelayakan Piala Dunia, kehangatan Bola SePAK EPL disambung semula dengan 8 perlawanan beraksi malam ini dengan beberapa pertembugan menarik yang ingin melihat seterusnya kuasa2 seperti Man City dan Spurs yang dikatakan boleh memecahkan tradisi Big Four EPL pada musim ini. Man City membuktikan pada malam ini dengan membenam Arsenal 4-2. Ini kekalahan kedua beturut-turut Arsenal setelah kalah dengan Mu perlawanan sebelum ini. Kemenangan Man City berterusan dan ini memberi 1 langkah kanan bagi skuad kendalian Mark Hughes untuk memasuki 4 pasukan teratas dan seterusnya menjulang Kejuaraan Liga Perdana.Adebayor sekali lagi mencuri tumpuan apabila membantu kelab barunya ini dengan menjaringkan gol.

Manakala pasukan Mu yang bertandang ke White Hart Lane dikejutkan dengan gol pembukaan oleh J.Defoe pada minit pertama tidak mematahkan semangat anak buah kendalian Sir Alex Ferguson untuk memburu gol. Pada perlawanan ini telah kembalinya Rio Ferdinand yang tidak beraksi beberapa minggu atas kecedaran. Ryan Giggs telah menyamakan kedudukan pada minit 25 sebelum Anderson meletakkan Mu mendahului dengan 2-1 pada separuh masa pertama pada minit 41. Beberapa kad kuning dilayangkan oleh pengadil dan Mu terpaksa bermain 10 pemain apabila Paul Scholes dibuang padang pada minit 59. Ketidakseimbangan pasukan Mu membuat Alex Ferguson mengeluarkan penyerang D.Berbatov untuk memasukan M.Carrick bagi menampung bahagian tengah. Spurs gagal untuk mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol, tetapi pasukan Mu yang berjaya menambahkan gol oleh Wayne Rooney minit ke 78. Keputusan penuh MU 3-1 Spurs.


Rio Ferdinand kembali beraksi

Paul Scholes ketika dilayangkan kad merah

Anderson diasak 2 pemain Spurs


Wayne Rooney setelah menjaringkan gol

Keputusan liga di Benua Eropah lain seperti -Barcelona 2-0 Getafe, Bayern Munich 5-1 Borussia Dortmund, ACMilan 0-0 Livorno, Real Madrid 3-0 Espanyol.

Thursday, September 10, 2009

SPORTS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....dunia sukan menanti anda dengan ulasan saya mohd yakop, dengan mengikut pandangan saya :) sebagai seorang peminat sukan di Luar dan Dalam Negara. dunia sukan menjadi minat saya yang paling utama terutama sukan paling popular di dunia iaitu sukan bola sepak...jadi sukan yang utama di blog saya ini semestinya "Football"..maybe ada kesempatan bukan sahaja sukan semata-mata malah dunia semasa yang begitu penting bagi seseorang untuk mengetahui hal semasa yang berlaku di seantero dunia. Bagi pengetahuan umum saya peminat pasukan EPL iaitu Manchester United (MU) dan juga pasukan kebangsaan England. Saya tidak lupa juga sukan bola sepak Malaysia yang saya menyokong pasukan negeri saya iaitu Pasukan Negeri Perak dan juga pasukan Malaysia. Minat saya amat mendalam dalam bola sepak sejak kecil lagi. Mengatakan tentang bola sepak ia dimana2 sahaja..di seluruh dunia mempunyai bola sepak dan bola sepak yang paling terkenal di dunia antaranya di England ialah English Premier League(EPL), Sepanyol-Liga Primera, Itali-Seria A,Jerman-Bundesliga, Portugal, Turki dan sebagainya.

Manchester United

Stadium Manchester United

Luar Stadium Mancherter United


SKUAD MANCHESTER UNITED

Pasukan Man Utd menjadi pasukan pilihan dalam hidup saya kerana minat saya terhadap pasukan Mu pada ketika itu pada 1998/1999, pada masa ini saya berumur 11 tahun. Minat dengan pasukan Mu ini juga maybe terpengaruh dengan abang dan kakak saya ketika itu yang begitu berminat dengan Pasukan Mu. Dengan kelibat David Beckham, Ryan Giggs, Paul Scholes, Ole, Roy Keane, Andy Cole, Dwight Yorke menarik perhatian saya. Tapi paling saya minat pada masa ini ialah David Beckham yang merupakan pakar sepakan percuma Mu. Sehingga kini, umur saya 22 tahun tetap dengan menyokong Mu. Dalam masa kira 10-11 tahun ini, pemain skuad Mu saling bersilih ganti hingga muncul Ruud Van Nistelrooy, Veron, Saha, Rooney, Ronaldo, Carrick, Rio Ferdinand, Vidic, Nani, Teves, Park Ji Sung, Brown, Evra, Anderson, Berbatov dan tenaga2 muda seperti Fabio, Macheda, Welbeck, Gibson, Rafael ,J.Evans dan sebagainya. Kini muka baru skuad Mu 2009/2010 ialah Michael Owen, Antonio Valencia, Michael Obertan. Skuad Mu telah maju diatas kendalian pengurus berbangsa Scotland ini iaitu Sir Alex Ferguson. Alex Ferguson telah menjadi pengurus United sejak 1986 dan pelbagai trofi telah dihadiahkan dan dibawa ke Old Trafford. Hal ini menyebabkan pengurus Mu ini disegani oleh semua pengurus dan kelab di dunia atas kewibawaan beliau.


Final Liga-Liga Juara

David Beckham

JUARA 2007/2008 EPL & Liga Juara-Juara

JUARA TRIPLE Musim 1998/1999

Berbalik pada kancah bola sepak2009/2010 telah bermula pada bulan 8 baru-baru ini, musim yang saya nantikan telah muncul dalam kancah saingan EPL musim ini pasukan favourite saya Mu telah kehilangan 2 tonggak utama dalam pasukan Mu iaitu Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Real Madrid dan Carlos Teves telah berpindah ke Manchester City. Kedua2 pemain ini telah banyak membantu memenangi Trofi Liga2 Juara dan Juara Liga Perdana. Kini Mu perlu berdiri sendiri dengan tonggak yang sedia ada seperti pemain baru Mu iaitu Antonio Valencia yang saya rasa mampu untuk mengisi kekosongan Ronaldo. 4 perlawanan EPL telah bermula, Mu kini menduduki tangga ketiga di belakang pendahulu liga iaitu Chelsea dan Tottenham Hotspurs. Kekalahan mengejut Mu kepada Burnley 1-0 membuat pelbagai spekulasi pelbagai pihak media Britain dan serata dunia tentang kejatuhan Mu yang telah kehilangan tonggak pemain terbaik dunia iaitu Ronaldo.


Kebangkitan Mu tampak selepas berkunjung ke Wigan dengan membelasah jumlah 5-0. kemudian Arsenal yang masa itu hangat dengan permulaan kemenangan yang drastik dengan jumlah gol yang besar akan berkunjung ke Old Trafford untuk menentang Mu pada 29Ogos. Arsenal yang bongkak ketika ini tumpas di tangan Mu dengan jaringan 2-1 dengan beberapa insiden berlaku dalam perlawanan ini. Ini sedikit sebanyak telah menutup tangkapan yang mengatakan Mu hanya hebat ketika ada Ronaldo sahaja.

EPL berhenti seketika memberi laluan kelayakan Piala Dunia dan disambung pada hujung minggu ini yang mana Mu akan bertandang ke Spurs dan ini semestinya pertembungan menarik dengan Spurs yang menunjukan pretasi terbaiknya dengan tanpa kekalahan. Hujung minggu ini antara perlawanan tumpuan yang menarik ialah pertembungan Man City vs Arsenal. semua peminat bola sepak saya rasa ingin melihat bekas penyerang Arsenal iaitu E.Adebayor beraksi untuk berlawan bekas kelabnya itu. Adebayor ketika ini cemerlang dengan 3 jaringan yang dijaringkan telah membantu Man City memenangi setiap perlawanan EPL.

Musim ini juga telah menunjukkan beberapa buah pasukan EPL telah menunjukkan peningkatan terutama pasukan Man City yang telah melabur ....dengan pengurusnya Mark Hughes telah membawa beberapa tonggak hebat seperti G.Barry, Teves, Toure, Santa Crus, Lescott dan Sily. ini telah memperkuatkan pasukan ini dengan sedia ada Robinho yang antara pemain hebat di Man City. selain itu, Spurs juga tampak menyinar pada ketika ini di bawah kendalian pengurus Harry Rednapk. Suara-suara mula kedengaran dengan mengatakan pasukan2 ini akan memecahkan dominasi pasukan Big Four yang selama ini dihuni pasukan Mu, Chelsea, Liverpool dan Arsenal.


Mengenai skuad England yang kini dibawah kendalian Fabio Capello, skuad England telah layak ke Piala Dunia yang akan berlangsung musim panas 2010. England yang begitu kecewa tidak dapat beraksi pada Euro 2008 amat berasa malu kerana sering dianggap antara kuasa Eropah yang unggul dalam bola sepak di dunia. Kekalahan ke atas Crotia pada masa kelayakan Euro telah membinasakan pasukan Eropah ini. Semalam hari yang amat bermakna bagi skuad England yang berjaya membalas misi dendam dengan berjaya mengalahkan Crotia 5-1 di Vembley. Setelah 8 perlawanan dengan kemenangan England telah layak walaupun memiliki 2 baki perlawanan.

Okla buat masa ini...cukup informasi untuk peminat Mu dan England.:)