Sesi akademik 2010/2011 yang baru bermula baru-baru ini memperlihatkan dengan puluhan ribu pelajar akan memasuki institusi pengajian tinggi Kemasukan pelajar-pelajar ini melalui atas tiket sistem meritokrasi yang mana dilihat melalui kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan dan juga di nilai dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum.
Namun begitu, bukanlah cara kemasukan pelajar ke Universiti yang hendak diperkatakan tetapi ialah persedian rapi yang perlu pada seseorang mahasiswa dalam sudut pembelajaran, kehidupan dan cabaran dunia globalisasi pada masa ini. Alam persekolahan bukanlah sama sekali sama dengan keadaan alam di universiti. Persediaan yang mencukupi perlu ada pada bakal mahasiswa dengan persedian mental ,fisikal dan pemikiran yang matang dalam suasana dan pembelajaran di universiti.
Dalam masa yang sama budaya membaca perlu ditekan dan perkara ini dilihat amat penting dalam mematangkan pemikiran seseorang mahasiswa. Mahasiswa perlu banyak membaca dari pelbagai sudut lapangan ilmu yang mana mahasiswa ini akan berupaya membuat pemikiran secara kritis dan holistik. Peluang berada di universiti perlu dikutip sepenuhnya seseorang mahasiswa dengan pelbagai ilmu yang terdapat di universiti. Di universiti juga peluang yang luas terhadap mahasiswa melatih mereka ini berkomunikasi dan memimpin. Perkara inilah kekuatan pelajar-pelajar yang bergelar mahasiswa sesebuah university yang mana akan dilatih dengan sendirinya dengan kemahiran komunikasi dan sebagai seorang pemimpin.
Jika sempurnanya perkara ini apabila mereka tamat daripada pembelajaran akan memudahkan mereka ini bekerja di mana-mana di sektor pekerjaan di Negara ini. Sumbangan golongan muda kepada negara amat penting sekali sebagai penggerak ekonomi Negara. Persoalannya apakah seseorang mahasiswa mampu laksanakan tanggungjawab yang diberikan iaitu menjadi tunjang belakang negara ini ? Adakah generasi yang dikatakan bakal pepimpin-pemimpin negara masa depan ini akan berjaya dalam menongkah arus abad ke-21 yang begitu mencabar sekali.
Cabaran yang besar pada abad ini ialah untk melahirkan seseorang mahasiswa yang mana mempunyai semangat jati diri yang tinggi serta semangat kenegaraan yang utuh. Dunia yang dikuasai teknologi ini telah menghapuskan identiti manusia yang sudah lupa asal usul mereka dan menjadi lalai dalam banyak perkara. Manusia semakin lupa mengenai “sejarah” yang merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan manusia.
Dalam hal inilah “sejarah” perlu sentiasa diingatkan dan diberikan kepada mahasiswa supaya mereka tidak akan pernah lupa tentang asal usul diri ,kehidupan serta negara yang di cintai ini. Mahasiswa perlu bersedia dengan alam dunia semakin maju yang mana hanya tinggal satu dekad kearah negara Malaysia Maju pada tahun 2020. Tenaga mudalah yang negara kita harapkan menjadi peneraju dan pemaju mencapai kearah itu.
No comments:
Post a Comment