Kerja Kosong

Thursday, August 12, 2010

Manchester United 2010/2011

Kejuaraan Sulung Pada Musim Ini -Piala Perisai Komuniti 2010/2011



Menjulang trofi Piala Perisai Komuniti dengan membenam Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu iaitu Chelsea memberi satu keyakinan Manchester United (MU) untuk memulakan kempen EPL minggu ini dengan menentang Newcastle United di Old Trafford. Perlawanan menentang Chelsea, skuad bimbingan Alex Ferguson telah menjuarai Piala Perisai Komuniti selepas menewaskan juara bertahan, Chelsea 3-1 di Stadium Wembley.

Jaringan Antonio Valencia pada minit ke-41, Javier Hernandez (76) dan Dimitar Berbatov (90) sudah cukup memberikan United langkah kanan dalam misi mereka kali ini. Kejayaan The Red Devils ini juga dilihat sebagai amaran awal mereka dalam misi MU merampas semula gelaran Liga Perdana England daripada The Blues.

Musim 2010/2011 dilihat dengan beberapa muka atau tonggak baru dalam pasukan kendalian Alex Ferguson ini dengan antaranya Javier Hernandes (Chicharito) dan Chriss Smalling. MU masih mengharapakan campuran pemain pegalaman dan pemain-pemain muda. Pengalaman pemain tonggak tengah MU seperti Paul Scholes dan Ryan Giggs masih menjadi perhatian bagi Alex Ferguson.

Dalam beberapa sudut MU perlu memberi perhatian bahagian tengah dan penyerang. Jika musim lalu pemain tengah masih didominasi pemain-pemain seperti Daren Flecter, M.Carrick, Park Ji Sung, Nani , Valencia, P.Scholes dan Ryan Giggs. Musim ini juga pemain-pemain ini seakan sama rentaknya. Bahagian penyerang pula kebergantungan terhadap penyerang England ini, Wayne Rooney sebagai penyerang tunggal. Musim ini mungkin akan tampak perubahan dengan penyerang baru Mexico iaitu Chaharito ini akan menjadikan perubahan formasi pemain 4-5-1 kepada bentuk 4-4-2 kembali semula.

Keupayaan Rooney musim lepas begitu ditagih untuk menjaringkan gol dengan sebanyak 26 gol jaringannya pada musim lalu. Justeru, musim ini MU mungkin akan menggandingkan dengan Chicharito dengan Rooney di sampinng bersama penyerang Bulgaria D.Berbatov.

Seorang penyerang lagi F.Mecheda mungkin juga akan diberi peluang untuk beraksi atas aksi menarik perlawanan pra-musim jelajah 2010. Di bahagian pertahanan dilihat akan diketuai oleh Vidic, O’shea, Evra, Evans, Rafael, dan seorang muka baru Chris Smalling. Manakala bagi 2 pemain senior skuad MU seperti Ferdinand dan Neville dilihat semakin sukar untuk beraksi kesebelasan utama akibat sering mengalami kecederaan yang serius.

Juga dalam musim pembelian yang tengah dibuka dengan beberapa kelab telah melabur belanja yang besar untuk mendapatkan pemain-pemain bintang yang menyinar semasa kejohanan Piala Dunia. Hal ini seperti Manchester City mengetuai dengan beratus juta pound dikeluarkan untuk membeli pemain-pemain hebat. Saingan musim ini pasti lebih menarik dengan kelab-kelab lain menguatkan jentera pasukan masing-masing. Pasti kelab seperti Totenham Spurs, Aston Villa, Man City, Everton, Liverpool akan cuba menyerlah dengan mengatasi kelab Chelsea, Arsenal dan juga MU.

Dengan harapan bintang muda MU akan bersinar bersama beberapa pemain veteran MU pasti akan boleh merangkul semua kejuaraan musim ini iaitu Piala EPL, Piala Eropah, Piala F.A, dan Piala Liga.






Sir Alex Ferguson-Pengurus Man Utd

Barisan Skuad Man United 2010/2011



Macheda
Javier Hernandes (Chicharito)
Chris Smalling
Paul Scholes
Rooney dan Ferdinand

No comments:

Post a Comment