Kerja Kosong

Tuesday, March 29, 2011

APE KE JADAHNYA AS, NATO DAN SEKUTUNYA




LIBYA DALAM PEPERANGAN

HARI ini masuk hari ke-11, tentera bersekutu melancarkan serangan ke atas Libya sejak 19 Mac lalu, bagi menguatkuasakan zon larangan terbang dan melindungi penduduk awam di negara itu daripada serangan tentera Libya yang setia kepada Muammar Gaddafi.

Dua hari lalu pula, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mula mengambil alih sepenuhnya operasi ketenteraan di Libya daripada tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS), setelah beberapa siri rundingan yang sukar, kerana mendapat bantahan keras daripada Turki, satu-satunya negara Islam yang menganggotai pakatan itu.

Agak aneh, NATO dilihat begitu beriya-iya mahu mengepalai operasi ketenteraan di Libya, walaupun krisis di Libya berada di luar operasi ketenteraan NATO iaitu di luar benua Eropah. Serangan udara besar-besaran tentera bersekutu ke atas Libya dikecam Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin yang memberi amaran tindakan tentera bersekutu itu mengundang perang ‘salib’. China turut mengecam keputusan Majlis Keselamatan itu pada 17 Mac lalu dengan menyifatkan ia satu tindakan yang mencabul kedaulatan sesebuah negara yang mempunyai kerajaan yang sah.Begitu juga Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa turut mengecam serangan besar-besaran itu, walaupun Liga Arab menyokong resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan zon larangan terbang di Libya.

Apakah serangan tentera bersekutu ke atas Libya benar-benar bertujuan melindungi penduduk awam atau Barat sebenarnya mahu membantu pemberontak menggulingkan Gaddafi.Barat, terutama Britain masih tidak puas hati dengan Gaddafi berhubung tragedi letupan jet penumpang Pan Am di Lockerbie, England pada 1988 yang mengorbankan 258 orang dan AS pula masih belum dapat melupakan sikap permusuhan Gaddafi terhadap AS suatu ketika dahulu. Mereka juga dilihat mempunyai kepentingan lain di Libya kerana mahu merebut keuntungan daripada sumber minyak di negara di utara Afrika itu.

Tindakan Barat begitu cepat bertindak ke atas Libya tidak disenangi oleh dunia Islam yang melihat Barat mengamalkan pendekatan double standard dalam isu-isu membabitkan negara-negara Islam. Dunia Islam masih belum dapat melupakan taktik ‘melambat-lambat’ yang diambil oleh AS dan NATO dalam isu Bosnia, semasa perang Bosnia dari April 1992 hingga Disember 1995, sehingga menyebabkan beratus ribu penduduk Islam Bosnia menjadi korban keganasan tentera Serb.

Sumber: Utusan Malaysia

2 comments:

  1. Yaakob,,hang cter blik kronologinya,aku xdpt tgkap sgt hehe
    Bro

    ReplyDelete
  2. kronologi perang Libya merupakan 1 sambungan ats ape yg blaku di dunia sebelah Afrika Utara yg bmula di Tunisia dan Mesir. rakyat ngra mrk cuba memberontak atas pemimpin ngra mrk yg kaut kekayaan tanpa memikirkan kehendak rakyat. rakyat hidup dalm kesussahan yg amat teruk. berbeza dgn tunisia dan mesir, Libya yg dipimpin M.Gaddafi enggan akur thdp permintaan rakyat ygmana mnyuruh beliau berundur. gaddafi memulakan peperangan thdp rkyatnya dan peperangan telah blaku ant pyokong Gadafi dgn rakyat beliau. namun begitu, kuasa luar mengambil kesempatan dgn melancarkan perang.AS dan sekutunya bekerjasama ingin menjatuhkan Gaddafi. Serangan mrka ini sptutnya x boleh, kerana telah cmpur tgn ngra Libya. Kedaulatan Libya sbg ngra yg sah diperlakukan sdemikian oleh AS dan sekutunya. PBB juga telah meluluskan revolusi yg spt mereka x boleh buat seumpama itu. terdapat bebrp ngar telah mengecam PBB dan Nato antnya Rusia dan China. Mereka Barat scra mudah dan sng melanggar UNDANG2 ANTARABANGSA. http://mohdyakupworld.blogspot.com/2011/03/mencari-penyelesaian-terbaik-rakyat.html

    ReplyDelete