Kerja Kosong

Monday, March 28, 2011

Majlis Anugerah Pingat Emas Persatuan Sejarah Malaysia 2010



Baru-baru ini saya telah dapat Anugerah Pingat Emas Persatuan Sejarah Malaysia 2010. 16/2/2010 merupakan satu hari bersejarah bagi saya kerana dapat anugerah yang begitu berharga.(tahap S NI.=) . Majlis ini telah diadakan di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Wisma Sejarah, KL . Pergi dengan tutor sejarah UM En Razali bersama kawan2 lain. Sampai sana memang mantap la..dapat bersama dengan ramai orang sejarah, Cawangan2 PSM satu Malaysia ada kot. Yang bestnya dapat la berkenalan dengan PSM Teluk Intan serta Setiausaha PSM sendiri orang Teluk Intan. Bukan tu saje dapat berkenalan dgn PSM cawangan Johor dan Pahang.

Mesti korang nak tau macam mana boleh dapat anugerah ni. Anugerah Pingat Emas PSM dianugerahkan kepada pelajar terbaik dalam kursus sejarah daripada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Anugerah ini dimulakan pada tahun 1998. Tetapi mulai 2010 5 buah universiti telah dipilih termasuk UKM, USM, UPSI dan UMS

Anugerah Pingat Emas PSM ialah anugerah tahunan yang diberikan oleh Persatuan Sejarah Malaysia kepada graduan Jabatan Sejarah yang dipertimbangkan terbaik dalam mata pelajaran Sejarah Malaysia. Dianugerahkan kepada graduan terbaik dalam mata pelajaran Sejarah Malaysia, gabungan keputusan semua tahun pengajian. Anugerah ini berupa sebuah pingat emas, buku dan jurnal terbitan PSM serta sijil penghargaan. Pingat emas tu emas beb..hehe..










Majlis pada hari itu telah disampaikan oleh Y.Bhg Tan Sri Arshad Ayub iaitu Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA bersama Pengerusi Jawatankuasa Ekskutif PSMDato' Haji Omar bin Mohd Hashim. Kalau korang nak tau PSM ni dinaungi oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad. Presiden ,Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin Naib Presiden, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim Naib Presiden. Ha jgn2 main beb..hehe.. Majlis haritu kena la plak buat ucapan krn sbg wakil kesemua pelajar yang menerima pingat emas. Buat ucapan punye la panjang tapi disebabkan tengok semua pemberi ucapan cakap pendek2 sy pon buat ucapan sakadar ucapan terima kasih kpd smua pihak. Berdebar2 beb…hehe..Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang pingat emas PSM tahun ni. Saya sorang je laki 4 lagi perempuan...

Memang best la anugerah tu dengan kata-kata semangat dari Tan Sri AYub dan Dato Haji Omar. Memang terbaikla..hehe..plak tu hari anugerah tu bukan semata-mata majlis pingat emas tetatpi juga majlis Anugerah Fellow PSM yg telah dianugerahkan kpd Prof Abdullah Zakaria Ghazali (Pensyarah saya di Jabatan Sejarah UM, Pakar Sejarah Malaysia dan salah seorang mentor saya ni). Memang sonokla dapat bersama2 dapat anugerah,dapat tangkap gambar sama2.hehe..

Terima Kasih Prof ajar saya dari 1st year sampai tamat tamat belajar. Terbaikla Prof Abdullah..=)Tak lupa Dr Azharudin yg paling byk membantu sy ketika di UM. Terima kAsiH.Habis anugerah ada plak wartawan Berita Harian interview..interview tu baru keluar paper khamis lepas 24/3/2010.

http://www.bharian.com.my/articles/PenyakitsuntiksemangatYakop/Article/



Sedikit Gambar Kenangan Semasa Majlis Anugerah Pingat Emas PSM 2010


Makan Sedap...=)

Memberi Ucapan...=)


Bersama Setiausaha Agung Kehormat PSM Haji Md Isa Haji Zakaria
(Teluk Intan-bekas cikgu sejarah Seri Perak)




Sebahagiaan Ahli Majlis Persatuan Sejarah Malaysia


Ketua Jabatan Sejarah Dr Arbaiyah dan Tutor Jabatan Sejarah En Razali

Bersama Tan Sri Prof Emiritus Koo Kay Kim...=)

Bersama Prof Abdullah Zakaria Ghazali (Anugerah Felo PSM)..=)

Semua dari JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA

*Ucapan-merakamkan penghargaan ribuan terima kasih kepada PSM kerana menganjurkan majlis penerima pingat emas PSM, terima kasih kepada Ibu Bapa serta keluarga yang banyak menyokong dan membantu saya dalam impian untuk mempelajari sejarah, terima kasih kepada barisan pensyarah serta staf-staf dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, terima kasih juga ditujukan kepada rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya semasa tempoh pengajian di universiti dari 2007-2010(nak sebut nama byk...=) kira semua la secara langsung dan scr tidak langsung) Terima Kasih 3x....

No comments:

Post a Comment