Kerja Kosong

Tuesday, March 29, 2011

MENCARI PENYELESAIAN TERBAIK RAKYAT LIBYA



Gambar Lakaran Pesawat Pengeboman Daripada Jet-Jet Pejuang


LIBYA DALAM PEPERANGAN

DARI Algeria ke Bahrain dan Libya ke Yaman, gelombang kebangkitan rakyat Arab yang terlalu lama berdiam diri daripada menuntut keadilan sosial serta pengakhiran pemerintahan autokratik berlaku satu demi satu. Dalam tradisi negara Arab yang biasanya sukar menampakkan rasa tidak puas hati, kebangkitan rakyat itu sangat mengagumkan komuniti antarabangsa.

Tuntutan mereka memang sah iaitu mahukan reformasi dan kebebasan demokrasi. Dalam konteks itu, komuniti antarabangsa - terutama Amerika Syarikat - aktif menggesa pihak berkuasa di negara terbabit berunding dengan rakyat bagi kepentingan semua pihak. Kebimbangan utama jika krisis itu gagal ditangani adalah nasib rakyat biasa.Malangnya, gesaan itu tidak mendapat reaksi positif, sebaliknya pemerintah autokratik di negara terbabit bertindak secara agresif serta kejam ke atas rakyat mereka sendiri.


Kapal-Kapal Perang

Ketika keganasan demi keganasan berlangsung, negara luar terpaksa berbincang untuk mencari pendekatan terbaik menangani isu berkenaan.Di Libya, misalnya, reaksi rejim Muammar Gaddafi terhadap kebangkitan rakyat menuntut reformasi sangat mengejutkan.

Justeru, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun bersidang dan meluluskan Resolusi 1973 bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.Keputusan itu diambil kerana rejim Gaddafi menggunakan kelengkapan tentera udara mereka untuk mengebom rakyat yang bangkit di timur Libya.Masalahnya, keputusan Majlis Keselamatan PBB itu dianggap tidak cermat sehingga menimbulkan kesan negatif sejurus selepas ia dikuatkuasakan. Pertama, tiada jaminan pelaksanaan zon larangan terbang di Libya itu mampu memberi kesan nyata dalam isu melindungi nyawa orang awam. Keadaan itu menjadi perhatian kerana kebanyakan pembunuhan orang awam di negara itu bukan melalui pengeboman tentera Libya, sebaliknya oleh dasar ‘tembak mati’ diambil Gaddafi dan penyokongnya. Pelaksanaan zon larangan terbang mungkin hanya berkesan bagi menghalang jet Libya, tetapi bukan penembak curi di daratan.


Jika Barat benar-benar mahu melindungi orang awam, sasaran utama mereka sepatutnya tentera darat dan militia yang setia kepada Gaddafi.Hakikat itu diakui sendiri pegawai Tentera Laut Amerika, Samuel J Locklear III ketika mengulas pelancaran 162 Tomahawk serta 100 peluru berpandu canggih pada awal serangan dulu.Katanya, serangan itu gagal menghalang tentera kerajaan melancarkan keganasan ke atas orang awam.Pendekatan itu hanya dapat difahami jika Amerika sebenarnya bukan mahu menguatkuasakan zon larangan terbang, sebaliknya memberi tekanan kepada Gaddafi supaya berundur. Ia selaras dengan kenyataan Presiden Barack Obama sebelum ini yang menekankan keperluan Gaddafi melepaskan jawatannya sebagai pemimpin Libya.

(Tomahawk)

Namun, disebabkan Gaddafi berdegil, serangan udara tentera Bersekutu ketika ini sebenarnya usaha negara luar memaksakan perubahan rejim di Libya.Keadaan itu membawa pelbagai pihak kepada masalah kedua - keabsahan aktiviti memaksa sesebuah rejim ditukar.Undang-undang


(Kapal Perang AS)

Pengecualian hanya diberikan dalam aspek kemanusiaan. Masalahnya, keputusan untuk campur tangan atas alasan kemanusiaan diputuskan Majlis Keselamatan PBB.Bahawa campur tangan kemanusiaan itu dilihat suatu langkah mulia, malangnya pada masa sama ia sering diambil atas pertimbangan politik.Misalnya, negara yang berhak mengundi atau menghalang usul Majlis Keselamatan PBB akan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan politik ke atas negara terbabit.Keadaan itu membawa kepada masalah perundangan antarabangsa apabila negara tertentu mengamalkan perundangan terpilih.


Ada dua contoh mudah dapat menjelaskan keadaan ini. Dalam serangan Israel ke atas Lubnan pada 2006 serta Gaza beberapa tahun lalu, kesan kezaliman rejim Zionis itu memang tidak perlu diperjelaskan lagi.Hampir semua negara mengutuk serangan itu, manakala Laporan Suruhanjaya Goldstone yang menyiasat insiden berkenaan menyatakan Israel melakukan jenayah perang. Namun, dapatkah anda bayangkan Majlis Keselamatan PBB meluluskan usul supaya negara asing bertindak ke atas rejim Zionis itu untuk melindungi orang awam di Lubnan dan Gaza? Contoh kedua adalah penghapusan etnik di Rwanda.Kempen zalim pada 1994 itu menyebabkan 800,000 orang terbunuh ketika komuniti antarabangsa sekadar melihatnya tanpa berbuat apa-apa.


Sebuah suruhanjaya bebas di bawah PBB mendapati kesalahan sepatutnya diletakkan kepada sistem badan antarabangsa itu, manakala Amerika dan Britain sepatutnya menjadi negara paling tepat bertindak. Memang tidak dinafikan orang awam Libya mesti dilindungi daripada menjadi mangsa kekejaman rejim Gaddafi, tetapi usaha itu sepatutnya dibuat dengan lebih berhati-hati. Misalnya, PBB mengusahakan gencatan senjata dan menghantar tentera pengaman ke negara itu. Jika diluluskan, usul berkenaan pasti mendapat sokongan menyeluruh kerana ia lebih berkesan melindungi nyawa orang awam.


Pada masa sama, penyelesaian politik boleh mencadangkan kepada pemberontak untuk membenarkan Gaddafi serta keluarganya meninggalkan Libya. Sebaliknya, jika ada usaha merujuk Gaddafi kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa hanya akan mendorong pemimpin Libya itu terus berdegil dan mempertahankan kekuasaannya dengan apa cara sekalipun.

Pengeboman Tentera Bersekutu

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment