Kerja Kosong

Friday, May 20, 2011

KONTRAK SOSIAL

Kontrak Sosial aset keharmonian kaum Melayu, Cina dan India.



ps-Apa itu Kontrak Sosial ?-
Kontrak Sosial bermula dengan pendirian bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat..

PEMBENTUKAN Perlembagaan Negara mempunyai sejarah yang panjang.

Ia hasil tolak ansur antara kaum di Tanah Melayu pada waktu itu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Semua pihak saling menerima di antara satu sama lain.

Melalui perjanjian itu juga, setiap kaum tidak akan mempersoalkan lagi apa yang telah dipersetujui bersama.

Ia mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, agama Islam sebagai agama rasmi negara serta hak-hak istimewa orang Melayu. Begitulah sebaliknya orang Melayu juga menerima hak-hak istimewa kaum lain di negara ini.

Kerana itu, dalam apa jua pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk balik kepada sejarah. Tidak kira apa isu pun, yang penting faktanya.

Katakanlah, terdapat kegiatan pihak tertentu cuba mewujudkan 'perlembagaan baru' bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan, kita mungkin belum lagi terkejut. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri sudah dipinda banyak kali.

Namun apabila dikaitkan 'perlembagaan baru' itu akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang, kita khususnya orang Melayu pasti berasa terhiris, lagi tersayat.

Sekadar renungan, meskipun Perlembagaan Persekutuan telah dipinda sebanyak 45 kali, peruntukan yang mengiktiraf kedudukan khas orang Melayu di sisi kaum-kaum lain tetap kekal sehingga kini di bawah perkara yang sama.

Justeru, ada sebabnya Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat supaya tidak sesekali mempersoalkan isu agama dan kontrak sosial. Hakikatnya adalah mujur kaum Melayu masih mempunyai satu aset yang tidak berjaya dihapuskan oleh penjajah Inggeris iaitu hak-hak keistimewaan dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Apa yang sebenarnya dianggap sebagai ketuanan Melayu itu ialah kedaulatan dan keistimewaan institusi tradisional tersebut yang sentiasa rapat dengan 'psyche keMelayuan'. Dan secara tradisi, pentadbir Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford, Mubin Sheppard dan lain-lainnya sering memperlihatkan sifat simpati mereka terhadap orang Melayu.

Ini kerana mereka menyedari kedudukan dan hak orang Melayu sebenar. Swettenham pernah menyatakan bahawa orang Melayu mempunyai hak mereka dalam pewaris kepada Tanah Melayu.

Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 pula, pegawai-pegawai tinggi Inggeris terus bersedia dan bersimpati terhadap kepentingan orang Melayu sebagai penduduk dan pewaris asal ketika Bintang Tiga dan penjahat komunis cuba merampas Malaya.

Perkara pokok seperti hak keistimewaan orang Melayu, hak kedaulatan dan kebesaran raja-raja Melayu, hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diberi peruntukan di dalam perjanjian tersebut. Dan perjanjian itu sah mengatakan bahawa kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain tidak akan disia-siakan dan ia menjadi asas rujukan Suruhanjaya Reid sembilan tahun kemudian yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Ini diperkuatkan lagi dengan laporan Suruhanjaya Reid yang terkandung ayat: "Pihak Pakatan dalam memorandum mereka berkata, Perlembagaan seharusnya memperuntukkan bahawa Yang Di Pertuan Besar (Agong) perlu mempunyai tanggungjawab khas bagi mengawal kedudukan istimewa orang Melayu".

Ungkapan rasmi tersebut membuktikan bahawa kontrak sosial atau ikatan kemasyarakatan adalah persetujuan yang mengiktiraf kedudukan khas orang Melayu di sisi kaum-kaum lain di Malaya ketika itu.

Maka, hasrat politik itu lantas dijadikan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dan walaupun ia telah dipinda berpuluh-puluh kali, peruntukan itu tetap kekal sehingga kini.

Setiap perlembagaan sesebuah negara mengandungi apa yang diiktiraf sebagai peruntukan-peruntukan yang tidak boleh diubah atau dipinda melalui proses biasa tetapi hanya melalui kelulusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat yang hadir bermesyuarat.

Perlembagaan Persekutuan dengan kontrak sosial perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam supaya erti kata sebenarnya tidak lagi dipersoalkan - seolah-olah menolak isi kandungan yang telah sedia dibentuk.

Bangsa Malaysia yang progresif pada tahun 2020 akan tinggal sekadar utopia tanpa penghayatan terhadap semua ini.

Thursday, May 19, 2011

Usaha mencarik identiti kebangsaan

Rakyat cinta perpaduan wajar tepis niat puak perjuang sukuan

RAKYAT seharusnya memandang berat nasihat Felo Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tuanku Raja Zarith Sofiah minggu lalu bagaimana sesetengah orang menyalahgunakan media sosial dan internet untuk meluahkan kemarahan mereka kononnya keadilan tidak wujud di negara ini.

Baginda menyatakan tuduhan demikian adalah jauh tersimpang daripada kebenaran hingga boleh menimbulkan konflik yang tidak diasaskan kepada fakta sebenar. Pandangannya itu diberikan ketika menyampaikan Syarahan Diraja selepas menerima Watikah Pelantikan sebagai Felo Diraja UKM daripada Naib Canselor, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin seperti dilaporkan oleh Portal Berita UKM pada 11 Mei lalu.
Raja Zarith berkata, apa yang amat diperlukan ialah mengadakan interaksi timbal balik untuk memupuk persefahaman agar tidak akan berlaku salah faham yang boleh mencetuskan kebimbangan dan persengketaan.

Sememangnya akhir-akhir ini terlalu banyak tulisan melampau mendapat tempat khususnya dalam pelbagai blog ekstrem serta portal berita. Ada di antara pihak terbabit dengan begitu angkuhnya mempertahankan kedudukan mereka sebagai rakyat di negara ini, tetapi tidak menghormati kehendak kebangsaan seperti penggunaan bahasa rasmi negara dan sebagainya.

Malah mereka berhasrat untuk menghakiskan ciri kebangsaan yang sudah lama diterima rakyat di negara ini seperti budaya kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Mereka seolah-olah tidak senang selagi ciri sukuan dan budaya pinggiran tidak diterima sebagai sebahagian daripada ciri kebangsaan. Bagi mereka slogan 1Malaysia disamakan dengan konsep kepelbagaian dan mahukan semua bahasa, agama dan budaya diterima sebagai sebahagian daripada ciri kebangsaan sehingga mengabaikan kedudukan kebangsaan yang sudah pun diterima dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ada di kalangan mereka, termasuk sebilangan pemaju perumahan, kopitiam dan beberapa pertubuhan sukuan lain dengan sengaja tidak mahu menggunakan bahasa kebangsaan, tetapi terus menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin dalam menu dan risalah serta iklan mereka.

Pihak berkuasa tempatan juga tidak prihatin, malah tidak mengambil kisah langsung terhadap sikap sedemikian, dengan itu memberi gambaran mereka merestui apa yang dilakukan golongan berkenaan.

Jadi hairankah kita kenapa sehingga 26 peratus daripada rakyat negara ini boleh diandaikan tidak langsung faham bahasa kebangsaan? Angka ini adalah berdasarkan unjuran kaji selidik yang dilakukan sebuah portal berita di kalangan 107 rakyat negara ini di Sepang yang mana wujud rakyat berbilang bangsa dan di Jinjang Utara yang mana ada ramai masyarakat bukan Melayu.

Malah ada antara mereka yang mengambil bahagian dan memahami bahasa Melayu berpendapat mereka tidak menganggap bahawa kemampuan berbahasa Melayu adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka.

Jelas mereka tidak faham bahawa sebagai rakyat negara ini, mereka juga perlu bangga dengan bahasa negara mereka sendiri seperti mana orang Perancis memahami bahasa Perancis atau sikap orang Thai terhadap bahasanya.

Kaji selidik berkenaan juga turut menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada rakyat negara ini bergaul sesama mereka saja tanpa perlu bergaul dengan bangsa lain.
Apa yang boleh disimpulkan orang Melayu begitu terbuka dan liberal hingga boleh menerima kewujudan berbagai-bagai bahasa dan budaya di negara ini tanpa memaksa mereka menganuti kehendak kebangsaan untuk mewujudkan ‘melting pot’ seperti mana di Amerika Syarikat.

Walaupun cogan kata kita ‘Bersatu Teguh Bercerai Roboh,’ kita tidak pula memaksa kewujudan satu aliran persekolahan, satu budaya, satu agama dan sebagainya. Kita menghormati bahasa dan budaya sukuan, tetapi pihak minoriti tidak pula seharusnya mendesak agar bahasa dan budaya sukuan mereka diterima sebagai bahasa dan budaya kebangsaan.

Malangnya, ada usaha puak tertentu yang cuba menghakis kehendak kebangsaan ini. Bagi mereka ini tidak wujud keadilan kiranya kehendak sukuan demikian tidak dimaktubkan sebagai ciri kebangsaan.

Mereka seolah-olah tidak senang dengan kedudukan kebangsaan yang sudah pun diterima pakai sejak sekian lama di negara ini. Maka rakyat yang cintakan perpaduan tidak harus mudah menerima usaha yang boleh memecah-belahkan rakyat ini.

Penulis ialah Felo Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

p/s Inilah isu setiap hari dan selalu diperkatakan, masalah perkauman sebenarnya menebal dalam diri setiap bangsa. ada bangsa tidak dapat terima negara ini majoriti kaum Melayu. kekuatan ekonomi yg dikatakan pada kaum bukan Melayu menyebabkan mereka berani untuk menentang dan juga disebabkan pemimpin yg kurg bijak menyebabkan mrka atau kump2 tertentu cuba menganggu gugat masy Islam dan Melayu di ngara ini. Tindakan tegas dan bijak perlu diambil terhadap perkara seumpama ini.

Wednesday, May 18, 2011

PALESTIN

Kenapa Palestin belum terbela!

PS-nasib umat Islam Palestin amat teruk sekali. masalah dunia Islam yg x bersatu mnjadi penyebab Islam itu lemah dan ditindas. Palestin semakin mengecil dgn Israel mengambil negara itu dgn rakus dan juga pembinaan penempatan haram Israel yg smkin mluas. Israel jahanam bersekutu kuat AS menybbkan pkara seumpama ini terus blaku. dimana hak asasi yg dilaungkan AS utk manusia..? kite smua tpgruh ideologi Barat yg berpentingn kpd mrka shaja. menyerang, membunuh, menangkap org yg dikatakan pengganas di ngra luar(negara berdaulat) dgn suka hati mereka. Dimana Keadilan ? kita mampu mencemuh, mengkritik tetapi tidak dpt berbuat apa2..kekejaman AS dan sekutunya tiada penghujung selagi ngra2 Arab umpanya bersatu dn mlwan AS. Jgn lagi wujud kebergantungan kpd ngra ini serta kerjasama dgn mrk. Perjanjian Damai Hamas-Fatah diharapkan memberi dimensi baru kpd ngra Palestin supaya dpt mylesaikan masalah rakyat Palestin.

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari, kelmarin adalah tarikh yang begitu besar maknanya bukan sahaja kepada bangsa Palestin tetapi kepada dunia Islam seluruhnya.

Sabtu lalu merupakan ulang tahun ke-63 'Hari Nakba' atau 'Hari Mala Petaka' bagi bangsa Palestin apabila lebih 725,000 penduduk Palestin diusir dari tanah air mereka, manakala beribu-ribu terbunuh dalam perang Israel-Arab 1948 yang membawa kepada penubuhan Israel pada 14 Mei, 1948.

Sejak itu, bangsa Palestin hidup merempat di negara sendiri dan ditindas sehingga hari ini oleh rejim Zionis Israel. Kejatuhan negara Palestin di tangan Israel dalam Perang Israel-Arab pada 1948 selepas itu menjadi 'hari dukacita' dunia Islam apabila Masjidil Aqsa turut jatuh ke tangan Israel setelah Baitulmaqdis ditawan Israel dalam perang Israel-Arab pada 1967.

Pada 14 Mei lalu, beribu-ribu penduduk Palestin mengadakan demonstrasi bagi memperingati 'Hari Nakba' atau 'Hari Mala Petaka' itu - demonstrasi terbesar selepas Intifada. Demonstrasi bukan sahaja diadakan di bandar-bandar di wilayah Palestin tetapi juga di bandar Jaffa dekat ibu negara Israel, Tel Aviv.

Ia disertai oleh segenap lapisan penduduk Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua yang keluar ke jalan-jalan raya mengadakan tunjuk perasaan dan perhimpunan sambil mengibarkan bendera Palestin, sehingga menyebabkan berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dan tentera Israel.

Ini juga kali pertama, penyokong Fatah dan Hamas yang berseteru selama hampir empat tahun bersatu, bersama-sama mengadakan demonstrasi bagi memperingati tragedi Nakba, selepas kedua-dua pihak menandatangani perjanjian damai pada 3 Mei lalu.

Demonstrasi serupa turut diadakan di dunia Arab termasuk di bandar pelabuhan Iskandariah di Mesir dan demonstrasi besar-besaran di Dataran Tharir di Kaherah, di bandar Shuneh di barat Amman di Jordan dan perkampungan Maroun el-Rass di sempadan Lebanon.

Malahan penduduk Palestin dan Syria bertindak lebih berani apabila menyeberangi sempadan Syria-Israel tanpa mempedulikan keselamatan diri dengan memanjat pagar keselamatan menuju ke Bukit Golan yang ditawan Israel dari Syria dalam perang Israel-Arab pada 1967. Mesej tunjuk perasaan itu bukan sekadar memperingati Hari Nakba tetapi juga bagi menuntut kemerdekaan bagi negara Palestin.

Kebetulan demonstrasi itu diadakan ketika dunia Arab sedang bergelut dengan gelombang kebangkitan rakyat di beberapa negara Arab untuk menyingkirkan kerajaan sedia ada dan bagi menuntut pembaharuan demokrasi.

Alangkah baiknya, jika gelombang tunjuk perasaan di dunia Arab pada masa ini dapat digabungkan dan ditujukan kepada musuh utama Israel daripada berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Persengketaan bangsa Arab sesama sendiri tidak menguntungkan dunia Islam sebaliknya menguntungkan Israel yang terselamat seketika ekoran pergolakan di rantau itu.

Oleh Mustafa Kamal Basri

Tuesday, May 17, 2011

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Mereka Yang Mempertikaikan Status Agama Islam dan Bidang Kuasa Raja dalam Hal Ehwal Islam.

Ambil Tindakan Tegas - Sultan Perak


SULTAN Azlan Shah menandatangani plak pelancaran buku bertajuk Sampaikah Amalan Orang Hidup Kepada Arwah sambil diperhatikan Harussani Zakaria pada Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 di Ipoh, semalam, – BERNAMA


IPOH 16 Mei – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka yang mempertikaikan status agama Islam dan bidang kuasa raja dalam hal ehwal Islam.

Baginda bertitah, kerukunan hubungan rakyat pelbagai agama di negara ini boleh terjejas sekiranya tiada tindakan diambil terhadap pihak yang mempertikaikan status agama Islam itu.

“Setiap warga wajib memahami secara jelas ketika mentafsir bukan sahaja apa yang tersurat, malah lebih penting untuk mendalami falsafah tersirat dalam perkara berkaitan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara,” titah baginda ketika merasmikan Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011, di sini hari ini.

Namun, titah baginda, perkara yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Negara itu tidak akan memberi makna jika tiada muafakat yang padu sesama umat Islam.

Sultan Azlan bertitah, jika umat Islam lebih cenderung bertelagah sesama sendiri serta mula memperlihatkan toleransi tidak bertempat, dikhuatiri martabat agama Islam di negara ini sedikit demi sedikit semakin terhakis.

“Akibatnya, umat Islam bakal terdedah pada pelbagai dakyah yang boleh menggelincirkan akidah dan dalam jangka masa panjang status agama Islam sebagai agama Persekutuan akan tinggal nama sahaja,” titah baginda.

Muzakarah itu diadakan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-83 Sultan Perak.

Sultan Perak bertitah, umat Islam amat sensitif dan curiga terhadap apa jua tindakan dan perkataan yang dianggap boleh memesongkan akidah.

Titah baginda, ulama menyampaikan pandangan dan pendirian tegas kepada raja-raja Melayu, begitu juga kepada pemimpin badan-badan politik tentang pentingnya dimaktubkan definisi yang jelas mengenai status Islam dan perlindungan terhadap umat Islam apabila negara mencapai kemerdekaan.

Baginda bertitah, demi memastikan kesucian Islam tidak akan dinodai dan kemurnian Islam tidak dikompromi oleh matlamat politik kepartian dan duniawi, Islam diletakkan di bawah bidang kuasa Raja Pemerintah.

“Ketika umat Melayu masa kini kelihatan semakin hanyut dalam arus duniawi dan taksub pada ideologi politik kepartian, Islam yang berada di atas politik kepartian adalah sebaik-baik platform untuk membolehkan umat Melayu kembali bertemu dalam suasana muzakarah yang rasional bagi mencari kebenaran hakiki,” katanya.



Rakyat Wajib Fahami Perlembagaan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah sebarang pengucapan yang mahu mempertikaikan status agama Islam dan bidang kuasa Raja dalam hal ehwal Islam perlu ditangani secara tegas dan pantas.

Baginda bertitah, ini kerana kerukunan hubungan di kalangan rakyat pelbagai agama di negara ini boleh terjejas sekiranya status agama Islam dipertikaikan.
Titah baginda, setiap rakyat wajib memahami secara jelas untuk mendalami falsafah tersurat dan tersirat perkara berkaitan Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak memberi makna jika tiada kata muafakat yang padu sesama umat Islam. Jika umat Islam lebih cenderung bertelagah sesama sendiri serta mula memperlihatkan toleransi tidak bertempat, dibimbangi martabat agama Islam di negara ini sedikit demi sedikit akan terhakis.

“Akibatnya, umat Islam bakal terdedah kepada pelbagai dakyah yang boleh memesong akidah dan dalam jangka masa panjang, status agama Islam sebagai agama Persekutuan akan tinggal pada nama saja,” titah baginda ketika merasmikan Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam 2011, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, semalam.

Muzakarah itu diadakan sempena sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ke-83. Turut hadir, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.


ps-Sedarla Orang Melayu..jangan dibuai mimpi sje dan asyik bertelagah je kejenye...

Monday, May 16, 2011

Mengenang legasi tiga tokoh

ps - tak de buku dalam BM ke? haiya ni la masalahnya Bahasa Melayu perlu no1...ni BI yang diutamakan dulu.

BUKU dalam bahasa Inggeris yang ditulis bekas Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar bertajuk Legacy of Honour berkisar mengenai biografi tiga tokoh yang banyak berjasa kepada negara pada era penjajahan British, perjuangan mendapat kemerdekaan dan pembentukan Malaysia selepas pasca merdeka.

Tokoh-tokoh itu ialah Menteri Besar Johor yang pertama, Datuk Ja'afar Mohamed; anaknya yang juga pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Datuk Onn Ja'afar dan cucu beliau yang merupakan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.

Ja'afar (1838-1919) ialah daripada keturunan Bendahara Tepok Tun Hamzah iaitu bendahara kerajaan Melaka yang terakhir sebelum ia jatuh ke tangan Portugis pada 1511. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar oleh Sultan Abu Bakar pada 1882 sehingga akhir hayat.

Beliau yang diberikan kepercayaan memangku tugas Sultan Johor ketika baginda ke luar negara ialah individu yang terlibat menjayakan cita-cita Sultan Abu Bakar untuk memoden negeri itu dan mewujudkan pentadbiran awam yang cekap sehingga menyebabkan British tiada alasan untuk menjajah negeri berkenaan.

Ja'afar sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan Abu Bakar kerana anaknya dengan isteri ketiga iaitu Hasnah telah berkahwin dengan anakanda baginda, Sultan Ibrahim.

Beliau juga telah berkahwin dengan isteri keempat, Datin Rogayah Hanim Abdullah yang merupakan bekas isteri adinda Sultan Abu Bakar, Ungku Abdul Majid.

Rogayah Hanim ialah wanita keturunan Turki yang dihantar oleh Khalifah Empayar Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid sebagai tanda persahabatan dengan kesultanan Johor.

Perkahwinan Ja'afar dengan Rogayah Hanim mempunyai lapan anak termasuk Onn (1895-1962). Selain sebagai pengasas dan Presiden UMNO, beliau ialah Menteri Besar Johor yang ketujuh. Dalam pada itu, empat Menteri Besar sebelumnya juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Ja'afar.

Dalam buku berkenaan, turut dijelaskan bahawa idea menubuhkan UMNO telah dicetuskan dalam satu pertemuan antara Onn dengan rakan-rakannya di rumah Tan Sri Mohamed Noah Omar (ketika itu seorang majistret yang kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama) di Batu Pahat, Johor pada 1946.

Dua anak Mohamed Noah iaitu Toh Puan Suhailah dan Tun Rahah masing-masing kemudiannya telah berkahwin dengan anak Onn, Hussein dan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Turut hadir ketika pertemuan itu ialah Setiausaha Sulit Onn yang juga sepupu kepada Mohamed Noah, Tan Sri Anwar Abdul Malek.

Anwar yang juga bapa penulis buku ini adalah individu yang mencadangkan nama parti baru itu sebagai Pertubuhan Melayu Bersatu (UMO) sempena nama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun atas nasihat nasionalis Melayu, Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za'aba), perkataan 'Kebangsaan' turut dimasukkan dalam nama itu dengan singkatan UMNO.

Dalam pada itu, dalam buku berkenaan, pembaca akan dapat mengetahui kisah sebenar mengapa Onn kemudiannya bertindak keluar UMNO pada 1951 bagi menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan Parti Negara yang keanggotaan dibuka kepada pelbagai kaum.

Anak beliau, Hussein (1922-1990) turut keluar UMNO bersama-samanya dan kemudiannya menyertai kembali parti itu pada 1969. Sikap Hussein yang lantang memperjuangkan nasib orang Melayu yang ketinggalan dalam pendidikan menarik minat Abdul Razak yang kemudian melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

Ketika memegang jawatan itu Hussein telah memperkenalkan sekolah berasrama penuh aliran sains untuk memberi pendidikan kepada penduduk luar bandar. Selepas kematian Abdul Razak pada 1976, Hussein dilantik sebagai Perdana Menteri ketiga.

Hussein ialah individu yang dikenali kerana amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum. Sebagai seorang sentiasa memegang prinsip integriti dan amanah, beliau terus mengkritik kepimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas bersara pada 1981.

Sebenarnya, ulasan ini tidak cukup untuk mencatatkan segala apa yang terkandung dalam buku 287 halaman ini. Adalah diharapkan buku ini dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu bagi membolehkan lebih ramai pembaca mengetahui apakah hubungan tokoh besar negara sekarang dengan keluarga ini.

Antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut menulis kata-kata aluan dalam buku berkenaan.

Tokoh-tokoh lain daripada keluarga ini ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan isterinya yang juga tokoh budayawan, Sharifah Azah Syed Mohammed (Azah Aziz).

Ia termasuk pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Prof. Datuk Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas; pengasas Gerakan, Profesor Syed Hussein Al-Attas dan bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Sebenarnya banyak kisah sebalik tabir keluarga ini yang tidak diketahui umum. Antaranya berkenaan kesetiaan Ja'afar terhadap Sultan Abu Bakar (1833-1895) dan anakanda baginda, Sultan Ibrahim (1873-1959).

Sebelum meninggal dunia, Ja'afar telah menghimpun semua ahli keluarganya dan berpesan bahawa kesetiaannya sebelum ini adalah kerana mengikut adat Melayu yang melarang menderhaka kepada sultan.

Bagaimanapun, tegas Ja'afar, generasi keluarga selepasnya harus berani untuk menentang dan bercakap benar sekiranya sultan bersikap kejam dan tidak mengutamakan rakyat.

Pesanan ini kemudiannya dipatuhi oleh anaknya, Onn yang secara terbuka mengkritik kepimpinan Sultan Ibrahim sehingga menyebabkan beliau dibuang daerah dari 1927 hingga 1936 ke sebuah perkampungan nelayan di Singapura. Onn ketika itu menyara hidup dengan pendapatan sangat kecil sebagai penulis di beberapa akhbar.

Sementara itu, ramai tidak tahu, Hussein juga pernah menjadi pelakon dalam satu pementasan di Johor Bahru yang diadakan bagi mengutip wang untuk membiayai kegiatan UMNO.

Pada 1971, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menemu ramah beliau, bagaimanapun rakaman itu tidak disiarkan kerana beliau mengkritik Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan beberapa sultan yang telah meminggirkan Onn.

Buku ini yang akan dilancarkan oleh Hishammuddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur esok boleh didapati di kedai buku MPH di seluruh negara.

Sunday, May 15, 2011

Oh Britain, kau tidak pernah tinggalkan minda kami

P/S inilah hubungan yang dapat dilihat yang terikatnya Malaysia-Britain, -tulisan Untung Sabut Timbul.

Waktu lewat petang di Hyde Park pada awal musim bunga, cuaca di kota London nyaman rasanya. Dinginnya adalah seperti berada dalam ruang berhawa dingin, tetapi di luar bangunan. Menurut seorang Melayu yang sudah lama menetap di sini, di sudut pidato, Speakers Corner di Hyde Park yang terkenal di seluruh dunia dalam sejarah sebagai ikon kebebasan bersuara, setiap hari Ahad sesiapapun bebas hendak bercakap apa saja. Hendak mengkritik keluarga diraja, malah perdana menteri pun boleh.

Tapi awas, katanya. Jangan cakap mengutuk gay. Bahaya. Kota London bersifat kosmopolitan. Sebagai bekas ibu negara empayar terbesar zaman moden, London menghimpun pelbagai bangsa dari negara-negara bekas tanah jajahannya. Mereka jadi penduduk tetap atau berada di sini dengan pelbagai kegiatan. Sama ada belajar atau bekerja tetapi kota London menjadi tempat tarikan kunjungan rakyat Malaysia. Seolah-olah Britain ini bukan negara asing bagi mereka. Kalau mereka berkunjung ke Eropah, ada saja usaha untuk singgah ke London.

Kalaulah Britain ini dekat dengan Malaysia, mungkin lebih banyak lagi rakyatnya akan datang. Pelajar Malaysia di Australia lebih ramai daripada Britain. Mungkin sebabnya ialah Australia adalah dekat dan lebih murah. Tetapi Australia menjadi negara yang seolah-oleh menjadi pengganti kepada Britain bagi rakyat Malaysia.

Bukan saja Australia yang dirasakan seperti Britain tetapi juga New Zealand dan Kanada. Tetapi tentunya tidak sama dengan Britain. Kalau mampu, mereka tetap mahu menuntut di Britain. Walaupun dalam keadaan tukaran wang asing yang menyebabkan Britain begitu mahal, orang Malaysia tetap mahu belajar di Britain, khususnya mereka yang membiaya sendiri pelajarannya.

Tetapi perasaan tersembunyi ini bukan saja ada pada rakyat Malaysia tetapi juga kemungkinannya kepada warga negara-negara bekas tanah jajahannya. Warga Singapura, Brunei, Hong Kong, India, Pakistan dan lain-lain negara Komanwel turut merasai fenomena ini.

Adakah perasaan seumpama ini berlaku di negara-negara lain dengan bekas penjajah mereka? Ia berlaku juga dengan bekas-bekas tanah jajahan Perancis dan Belanda. Malah Amerika Syarikat yang berperang menentang Britain dalam mendapatkan kemerdekaan akhirnya menjadi sekutu kuat yang seolah-olah menjadikan kedua-dua negara itu berkembar. Mungkin kerana ibunda bangsa Amerika adalah Britain.

Tetapi Britain bukan ibunda rakyat Malaysia. Baik Melayu, Cina, India apatah lagi Iban dan Kadazan. Kedah pernah menyerahkan Pulau Pinang dengan harapan Britain dapat mempertahankannya daripada Siam. Akhirnya Britain tidak memenuhi janjinya, malah memperoleh Seberang Perai dan menjajah Kedah melalui gagasan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Menakluki

Apabila Jepun menakluki Tanah Melayu, Britain tinggalkan negara ini begitu saja. Banyak penduduk Tanah Melayu dan Singapura marah dengan sikap penjajah yang gagal mempertahankan negara ini. Sepanjang pentadbiran Jepun, Kedah diserahkan pada Siam.

Akhirnya anak Kedah yang berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Setiap kali berjalan di depan Westminster Abbey, Parlimen Britain dan 10, Downing Street, pejabat Perdana Menteri Britain, teringat dalam filem rencana lama-lama apabila rombongan pemimpin Malaya berada di London berusaha berjumpa dengan orang besar empayar Britain untuk menagih kemerdekaan.

Walaupun merdeka, Tanah Melayu tidak terlepas daripada Britian. Soal pertahanan, keselamatan dan ekonomi ditentukan di London. Malah London yang memaksa Malaya digabungkan dengan Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara untuk menjadi Malaysia. Dengan keberatan Tunku Abdul Rahman menerima tekanan daripada London itu. Ya, Britain adalah ibunda kepada Malaysia.

Hampir 20 tahun kemudian, lagi seorang anak Kedah yang menjadi Perdana Menteri yang mengalihkan paksi negara daripada Barat ke Timur. Daripada Britain ke Jepun. Tetapi Jepun bukanlah asing bagi Malaysia. Ia juga bekas penjajah negara ini. Penaklukannya ke atas Malaya dibantu oleh nasionalis Melayu, Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang terdiri daripada bekas pelajar di dua institusi pelajaran yang ditubuhkan oleh British iaitu Maktab Perguruan Tanjung Malim dan Kolej Pertanian Serdang.

Jepun memberikan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam tetapi mengambil Sumatera untuk disatukan dengan Tanah Melayu. Orang Malaya benci Jepun kerana kezalimannya. Apabila Britain kembali, banyak yang mengalu-alukannya tetapi London melihat orang Melayu sebagai pengkhianat dan membalasnya dengan gagasan Malayan Union.

Orang Melayu menentang Britain dan menuntut kemerdekaan. Hanya pada masa pentadbiran Tun Razak Hussein, Malaysia dapat membebaskan diri dari segi pertahanan, hal ehwal luar dan ekonomi dan London tidak dapat diterima mereka terlepas Sime Darby dan Guthrie melalui undang-undang ciptaan mereka sendiri.

Sementara semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dasar Pandang ke Timur dan Buy British Last meletakkan Britain jauh daripada biasa. Tetapi hakikatnya Britain terus dekat di hati Malaysia. Sidang Kemuncak Komanwel diadakan secara gilang-gemilang di Kuala Lumpur. Bukan itu saja, siapa yang tidak ingat sukan Komanwel tahun 1998. Ada dikatakan bahawa dasar penswastaan Malaysia turut mengambil contoh daripada gagasan yang dipelopori oleh Perdana Menteri Margaret Thatcher. Malah Dr. Mahathir juga terkenal dengan pendokong bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik. Masih menjadi isu sekarang ini.

Orang Islam marah pada bekas Perdana Menteri Tony Blair kerana perang Iraq. Tetapi sepanjang pentadbiran Parti Buruhnya yang begitu lama, hubungan Malaysia dan Britain tidak begitu diambil peduli. Tetapi nampaknya kini di bawah kerajaan campuran Konservatif - Liberal Demokratik pimpinan David Cameron, hubungan kedua-dua negara akan diberi perhatian.

Cameron, nama yang biasa bagi orang Malaysia. Ya, kita ada Cameron Highland.

TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA

Menjayakan transformasi ekonomi


KESUNGGUHAN kerajaan membangunkan ekonomi negara telah memperlihatkan hasilnya yang membanggakan.


Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada April 2009, istilah “transformasi” antara perkataan yang paling kerap diutarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hampir di mana sahaja, baik forum ekonomi, sosial, pendidikan, malah juga politik, keperluan untuk kita melaksanakan transformasi pastinya diungkapkan. Rakyat dilontarkan dengan satu istilah yang besar ertinya secara bertubi-tubi oleh kepimpinan negara.

Secara mudah, istilah ini mempunyai dua gabungan perkataan iaitu “trans” dan “formasi” yang memerlukan kita melaksanakan dua perkara secara serentak. Kita perlu bergerak, berubah atau berganjak dari satu tempat, keadaan, situasi ke satu destinasi yang baru dan dalam masa yang sama mengubah bentuk, struktur, kaedah pengoperasian dalam menguruskan keperluan diri, masyarakat dan juga negara.

Saya amat tertarik dengan “keberanian” kerajaan untuk meletakkan transformasi ekonomi ini sebagai satu agenda besar negara. Proses transformasi bukan satu istilah kosong untuk mengejar populariti atau untuk seronok-seronok yang melekakan. Ini adalah satu pertaruhan yang begitu besar dan pastinya menjadi pembayang utama atas kesungguhan kerajaan dalam memajukan ekonomi negara dan juga pengukur kepada kecekapan kerajaan melaksana inisiatif yang diumumkan.

Sasaran makro yang dinyatakan dalam laporan Pemandu adalah jelas, pada tahun 2020 Malaysia akan menjadi negara maju yang secara umumnya diukur dengan tahap pendapatan kasar nasional perkapita (GNI perkapita) berjumlah AS$15,000 (RM48,000). Pada tahun 2009, GNI perkapita ialah RM23,700. Ini bererti dalam tempoh sepuluh tahun angka ini perlu ditingkatkan sebanyak 2.03 kali ganda (2.23 kali ganda dalam nilai AS$). Mampukah kita mencapainya? Jawab saya, ya! Akan saya jelaskan bagaimana matlamat ini boleh dicapai.

Malaysia mempunyai rekod melaksanakan transformasi ekonomi.

Sebelum kita menilai lebih dalam, saya ingin membawa pembaca meninjau kepada satu perkara yang ramai kita terlepas pandang atau tersalah tafsir dan merasakan transformasi ini adalah petanda kita sudah ketinggalan. Sejauh manakah prestasi kemajuan Malaysia berbanding rakan saingan sebaya kita? Mengapakah kita memerlukan satu proses transformasi ekonomi secara besar-besaran? Adakah ini petanda kita ketinggalan di belakang?

Ujian ringkas - kali pertama saya menjejak kaki ke Amerika Syarikat ialah pada bulan Jun 1982. Antara soalan yang sering perlu dijawab oleh pelajar Malaysia di Amerika Syarikat pada ketika itu ialah - di mana Malaysia? Malaysia tidak dikenali. Nama Malaysia jarang sekali disebut. Masih ramai yang keliru antara Madagascar, Malawi, dan Malaysia. Hampir tiga puluh tahun berlalu, sejak tiba di Harvard pada Julai 2010 yang lalu, soalan ini tidak lagi kedengaran. Malaysia sudah berada di pentas dunia.

Profesor Hausmann, cendekiawan pembangunan ekonomi yang juga Pengarah Pusat Pembangunan Antarabangsa Harvard, menggunakan Malaysia sebagai negara contoh untuk membincangkan teori Product Space yang dipeloporinya. Menurut beliau, daya saing sebuah negara boleh didasarkan kepada kejayaan beralih dari satu produk kepada produk yang lebih berteknologi dan bernilai tinggi. Malaysia diiktiraf kejayaannya dalam melayari Product Space, mengubah struktur ekonomi dari sebuah negara berpaksikan pertanian kepada negara pembuatan.

Peralihan yang berjaya dilaksanakan oleh Malaysia dari tahun 1980-an ke tahun 2000 adalah begitu jelas. Kita mempunyai satu rekod yang amat penting - Malaysia telah berjaya melaksanakan satu transformasi yang begitu besar.

Penelitian saya ke atas prestasi 10 tahun kalangan 20 negara yang sebaya dengan Malaysia (10 di atas dan 10 di bawah berdasarkan GNI per kapita) setiap kali kita menjengah ke dekad yang baru jelas sekali menunjukkan bahawa prestasi Malaysia adalah antara yang teratas. Begitu memberangsangkan. Sebagai contoh, ketika memasuki tahun 1980-an GNI perkapita Malaysia ialah AS$1,830 (1980). Dalam tempoh sepuluh tahun, pada tahun 1989, pendapatan perkapita meningkat sebanyak 1.23 kali ganda ke AS$2,250. Untuk dekad 1990-an (1990-1999), pendapatan perkapita meningkat sebanyak 1.41 kali ganda. Dari tahun 2000 sehingga 2009, pendapatan perkapita rakyat Malaysia telah meningkat sebanyak 2.13 kali ganda, dari AS$3,450 kepada AS$7,350.

Transformasi ekonomi bukan kerana Malaysia ketinggalan

Mengapa saya bangkitkan rekod kemajuan pembangunan negara untuk tiga dekad yang lalu sejak tahun 1980? Pertama, ini menjadi faktor penting bagi menyokong kemampuan kita untuk mencapai sasaran transformasi ekonomi negara. Kita mempunyai rekod yang cemerlang dalam konteks pembangunan ekonomi. Ini adalah tafsiran ekonomi yang kukuh berdasarkan fakta rasmi. Sasaran transformasi kita untuk meningkatkan pendapatan perkapita sebanyak 2.03 kali ganda pada tahun 2020 bukan unjuran lamunan mimpi. Kita boleh mencapainya kerana kita pernah melaksanakannya.

Kedua, transformasi ekonomi perlu dilaksanakan bukan kerana kita ketinggalan atau gagal melaksanakan pembangunan ekonomi. Sebaliknya transformasi ini merupakan keperluan untuk kita melonjakkan momentum pertumbuhan ekonomi negara. Analisis saya kalangan 20 negara sebaya menunjukkan hanya Korea Selatan mempamerkan prestasi luar biasa. Pada tahun 1980 Korea Selatan adalah negara sebaya dengan Malaysia. GNI perkapitanya adalah AS$1,810, sedikit lebih rendah dari Malaysia. Namun, sepuluh tahun berikutnya, pada tahun 1989, negara ini telah menewaskan semua negara sebayanya. GNI per kapita Korea Selatan telah meningkat sebanyak 2.78 kali ganda dari 1980 ke 1989.

Benar jika dibandingkan dengan kes luar biasa seperti Korea Selatan kita di belakang tetapi ini bukan bererti kita ketinggalan. Perbandingan tidak boleh dibuat berasaskan kes luar biasa. Berdasarkan purata prestasi rakan sebaya, prestasi Malaysia adalah antara yang terbaik. Kita tidak ketinggalan tetapi kita mahukan lonjakkan momentum pertumbuhan ekonomi.

Setiap rakyat Malaysia adalah agen kepada transformasi ekonomi

Gesaan bertubi-tubi Perdana Menteri untuk kita melaksanakan transformasi ekonomi adalah penting untuk kita semua. Momentum pertumbuhan ekonomi hanya boleh dilonjakkan sekiranya kita semua jelas dengan apa yang perlu kita lakukan. Setiap rakyat Malaysia adalah agen kepada kejayaan pelaksanaan program transformasi ekonomi.

Bagi memastikan manfaat transformasi ini bersifat inklusif dan dikecapi semua, setiap komposisi dalam negara, individu, keluarga, komuniti (wilayah-bandar-kampung), kerajaan, firma, industri kecil dan sederhana, akademia, ahli politik dan sebagainya perlu memberi perhatian yang khusus dan jelas ke atas keperluan transformasi ini. Kita tidak boleh bersifat pasif, tunggu-lihat dan mengharapkan kerajaan mengagihkan kekayaan negara. Setidaknya kita mesti mempersoal dan membincangkan - apakah peranan saya dalam menjayakan transformasi ini? Apakah perubahan yang perlu saya lakukan?

Persekitaran ekonomi mempunyai evolusinya yang tersendiri. Polisi ekonomi yang penting dan utama satu ketika dahulu berkemungkinan tidak lagi penting dan utama pada hari ini. Kemahiran yang kita hargai satu masa dahulu mungkin sudah lapuk. Struktur persaingan ekonomi global juga jauh berbeza. Pada tahun 1980-an tidak kedengaran nama Brazil, Rusia, China dan India atau BRIC. Hari ini BRIC muncul sebagai kuasa ekonomi besar yang semakin penting dalam ekosistem ekonomi dunia.

Aliran pelaburan asing (FDI) dan dasar keputusan yang menentukan lokasi pilihan pelaburan juga ketara perbezaannya. Di tahun 1980-an tawaran kita ialah tenaga pekerja yang murah. Malaysia dan beberapa negara di rantau Asia Tenggara adalah syurga bagi pelabur asing yang bertujuan mengurangkan kos pengeluaran. Hari ini, semua ini telah berubah. Begitu juga Malaysia, kita perlu berubah.

Malaysia mesti berubah secara proaktif mendahului rentak evolusi ekonomi global. Usaha mempertahankan polisi silam yang satu masa dahulu penting dan menguntungkan berkemungkinan merugikan. Polisi ekonomi mempunyai hayat kesesuaiannya. Apabila lahir, bayi mula dengan menyusu, kemudian diberi nasi bubur, kemudian nasi biasa, dan ditambah lauk pauk. Begitu juga ekonomi sebuah negara, apabila ekonomi semakin membangun dan maju, sifat ekonominya semakin kompleks. Keupayaan dan keperluannya semakin berbeza.

Thursday, May 12, 2011

Pembunuhan Osama Tak Akan Tamat Keganasan

P/S selagi syaitan dan dajal AS, Israel serta sekutu2 jahanam ini berkuasa di muka bumi ini sampai itulah masih ada keganasan yg tak akan berkesudahan. Ini adalah realiti dunia yg mana AS sedang, masih dan akan terus menguasai dunia. Pelbagai perkara telah dilakukan untuk menguasai dan mendapatkan sesuatu. Agama menjadi 1 punca penting permusuhan yg akan berlaku sehingga kiamat. As menjahanamkan dan menghancurkan setiap pelosok dunia. Keupayaan mereka disebabkan ketakutan yg melampau oleh pihak Islam yg sntiasa myokong dan bergantung kpd dunia Barat. Dari Asia Tenggara hingga ke Asia, AS dan sekutunya mpyai kptingan. Musuh AS boleh dikatakan ngra Rusia, China, Korea Utara, Iran dan yg realiti boleh dikatakan ngra komunis serta sesetengah ngr Amerika Latin . Ngra semua ditelunjuk As. Ejen2 AS sentiasa berada di setiap negara di dunia. kita sentiasa mengikut tlunjuk Barat, Namun mrk spt ada kuasa khas spt Veto yg dikecualikan. Hak Asasi Manusia, Kedaulatan Negara Lain semua dilanggarnya. kita mampu bersuara tetapi tidak mampu menghalangnya.

Di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Barat ngra Islam yg mpyai bahan mentah utama spt Minyak dijadikan sasaran utk mnguasainya. PENJAJAHAN TIDAK PERNAH BERHENTI sebenarnya penjajahan semakin rancak oleh kuasa spt AS utk mnguasai dunia melalui Ekonomi. As yg kini berada di belakang China mengusarkan AS yg sblm ini mendominasi tangga pertama dalam ranking ngara ekonomi yg berjaya. Mendapat dan mnguasai dunia luar spt ini memberi sumber kekayaan kpd mereka. Mereka lah juga yg mencipta pengganas, selepas tak digunakan lagi mereka akan menghapuskan mereka ini. Inilah yg berlaku thadap Osama, Saddam Hussien, ngra Mesir-Hosni Mubarak, Libya dan sebagainya. Mereka juga tpaksa menyalurkan wang beratus juta kpd pemberontak utk menjatuhkan kerajaan itu. Inilah yg berlaku jika dilihat pd wktu sekarang. AS AKAN BUAT SESUATU ATAS KEPENTINGAN MEREKA pasti ADA ADEGAN YANG TERSEMBUNYI. anda semua fikir dan hayatilah....
-yakop-


Serangan komando AS sebenarnya menyalahi undang-undang antarabangsa

MINGGU lalu media seluruh dunia memaparkan berita pasukan komando SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat menceroboh ke Pakistan dan membunuh Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda yang sudah lama diburu di kediaman persembunyiannya di Pakistan.
Ramailah rakyat Amerika merayakan pembunuhan itu dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan mereka, khususnya Presiden Barack Obama kerana bertindak nekad membenarkan operasi itu dilancarkan.

Beberapa jurucakap pihak berkuasa Amerika seolah-olah berlumba untuk membuat pengumuman mendabik dada bagaimana cekap dan pantasnya pasukan komando mereka menjalankan operasi walaupun sebuah daripada dua helikopter ‘Blackhawk Stealth’ terbarunya yang masih dirahsiakan terhempas di pekarangan rumah di mana Osama bersembunyi selama ini.

Pelbagai versi bagaimana Osama dibunuh diumumkan. Mulanya dalam usaha untuk menunjukkan betapa getirnya keadaan, kononnya berlaku tembak menembak antara Osama dan anggota komando Amerika itu hingga menuduh kononnya Osama menggunakan seorang daripada isterinya sebagai perisai ketika terserempak.

Jelas tujuan pengumuman dusta itu adalah mahu menunjukkan betapa baculnya Osama apabila berhadapan dengan musuh hingga sanggup menggunakan isterinya untuk berlindung. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku sudah diakui jurucakap Amerika bahawa Osama tidak mempunyai senjata ketika terserempak komando dan jauh sekali menggunakan isterinya sebagai perisai.

Kemudian mereka juga mengatakan isteri Osama itu tercedera dengan peluru liar, ‘berbalas tembak’ yang memberi gambaran seolah-olah berlaku tembak menembak antara anggota komando itu dengan orang Osama, walhal tiada tembak menembak berlaku.
Apa-apa tembakan semuanya dibuat komando yang diberi jolokan sebagai satu pasukan ‘elit’ itu.

Dilihat secara objektif, apakah sebenarnya yang dilakukan Amerika apabila melancarkan serangan itu ke atas kediaman Osama di Abbottabad, sebuah bandar kecil yang mana terdapat akademi ulung tentera Pakistan. Tidak siapapun boleh mempertikaikan bahawa serangan gerombolan pasukan komando lautnya itu adalah tindakan jenayah yang menyalahi undang-undang antarabangsa. Maka itu umat Islam yang tidak merestui perjuangan ekstrem Osama pun mempersoalkan tindakan keganasan sedemikian oleh Amerika.

Tidak menghairankan adanya penulisan yang menyatakan apa yang berlaku itu sebagai satu operasi yang didalangi agensi perisikan CIA yang sememangnya terkenal kerana pelbagai perlakuan dan tindakan buruknya. Kini sudah ada banyak penulisan yang mempersoalkan apa hak Amerika melancarkan serangan oleh gerombolan komandonya ke atas sebuah kediaman awam dalam sebuah negara berdaulat? Apakah ini bukan satu pencerobohan?

Kesimpulan yang amat mencemaskan banyak negara di dunia ialah Amerika sewenang-wenangnya boleh saja menceroboh masuk sebuah negara berdaulat hanya untuk memburu bukan pula untuk menahan tetapi untuk membunuh seseorang yang dianggapnya pengganas. Dengan itu, mangsanya seolah-olah tidak mempunyai sebarang hak lagi sebagai seorang manusia.

Tidak syak lagi arahan yang diberikan kepada gerombolan SEAL itu ialah untuk membunuh Osama. Maka itulah dia ditembak tepat di dahi sebelah kiri manakala isterinya yang ada bersamanya ditembak di kaki saja apabila cuba menghalang mereka menghampiri Osama.

Bagaimana pula agaknya reaksi dunia sekiranya satu pasukan komando dari sebuah negara lain mencerobohi masuk ke satu kawasan di Amerika untuk melakukan pembunuhan demikian ke atas pucuk pimpinannya atau pimpinan kanannya.

Tentunya tindakan itu dianggap satu pencerobohan yang tidak boleh diterima. Apa istimewanya Amerika boleh melakukan pencerobohan demikian? Bukankah ini satu jenayah yang dilancarkan atas arahan pucuk pimpinannya?

Salahkah kalau ada yang menuduh Amerika sebagai sebuah kerajaan pengganas seperti juga negara pelanggannya, Israel yang berterusan melakukan pencerobohan jenayah ke atas Palestin. Jadi bagi Amerika atau Israel mereka mempunyai keistimewaan untuk menceroboh sesebuah negara berdaulat untuk melakukan pembunuhan?

Aneh juga jenazah Osama diterbangkan keluar ke kapal perang induknya untuk dibuang ke laut. Kenapa jenazah itu tidak diterbangkan ke Amerika atau salah sebuah negara sekutunya untuk dibedah siasat dan kemudian dikebumikan? Tindakan terburu-buru pasukan itu juga menyalahi kehendak Islam.

Jelas sekali Amerika tidak pernah mahu mempelajari kesilapan dan implikasi pelbagai tindakan melampaunya melancarkan serangan, misalnya ke atas Afghanistan dan Iraq. Persoalannya, apakah dengan pembunuhan Osama, perjuangan keganasan sedemikian akan selesai atau Al-Qaeda akan lenyap?

UMNO 65 TAHUN

Cabaran UMNO seterusnya

p/s orang selalu mengatakan UMNO perlukan satu perubahan, satu anjakan baru dan sebagainya. Ada orang mencemuh dan ada yang menyokong. Namun disebalik hakikat orang atau pemimpin yang berkata begitu ialah orang yang melihat UMNO perlu satu perubahan pemikiran , minda yang baru. Namun bagi saya UMNO satu generasi yang cukup hebat memperjuangkan orang Melayu dari zaman kmnculannya 1946 hingga kini. Mengapa tidak? UMNO layak digelar pejuang bangsa yang berjaya daripada parti-parti lain di Tanah Melayu pada satu ketika dan hingga namanya Malaysia. Hakikat ini gagal diterima sesetengah pihak yang UMNO adalah parti orang Melayu yang utama dan masih utuh. Mungkin satu perubahan mengikut arus zaman yang dihadapi oleh negara. Arus global harus ditekan dalam parti namun "hikayat atau fungsi UMNO yang lama" tidak perlu berubah. UMNO sendiri perlu pandai dalam pimpinannya sbg parti terbesar orang Melayu. Perpecahan kepada beberapa kelompok parti Melayu sebenarnya bukan penghalang untuk UMNO kukuh di barisan utama dalam menerajui negara.

Potret Presiden UMNO sejak ditubuhkan pada 1946 hingga sekarang. UMNO kini berusia 65 tahun sudah tentu banyak cabaran dan kejayaan diharungi oleh barisan kepimpinannya.


ABAD ke-18 hingga 20, adalah era Barat menghancurkan negara-negara empayar di Eropah seperti Prussia, Timur Tengah, empayar Otthoman Turki iaitu empayar Islam terakhir. Sebelum itu, dalam abad ke-15, Empayar Melayu Melaka di Nusantara dan Empayar Islam di Andalusia (Eropah) ditumpaskan.

Sejak abad ke-19, lahirlah nation states atau negara bangsa seperti Iraq, Syria, Lebanon, India, Pakistan, Arab Saudi, Malaya, Indonesia, Singapura, Australia, Kanada dan lain-lain. Agenda Barat mewujudkan negara bangsa diteruskan dengan menciptakan teori pemerintahan "demokrasi" daripada falsafah Yunani dan Rom untuk diterapkan di negara-negara bangsa yang baru muncul itu.

Tanah Melayu tidak terkecuali mengalami proses penjajahan dan proses menerima konsep sistem politik demokrasi Barat tersebut.

Di situlah, UMNO yang kini berusia 65 tahun sempena 11 Mei 2011 hari ini, muncul di tengah-tengah perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan British!

UMNO berjuang di tengah-tengah masyarakat majmuk ciptaan British semasa menduduki negara ini lebih 120 tahun lalu.

Apabila konsep negara bangsa itu diperkenalkan, kebanyakan negara di dunia baik Asia, Eropah, Amerika atau Australia, majoriti penduduk negara-negara itu adalah satu bangsa, kaum dan budaya yang sama, malah agama.

Hal ini unik bagi Malaysia, yang mempunyai jumlah penduduk bukan Melayu hampir sama jumlahnya dengan kaum pribumi dan berbeza agama, budaya dan bahasa.

Sistem politik demokrasi Barat itu semacam dipaksa untuk dipraktikkan di semua negara bangsa yang dimerdekakan itu, termasuk Malaysia!

Apabila Perang Dunia Kedua dan Perang Jepun tamat pada 1945, di situlah peranan UMNO yang berjaya menyatukan orang Melayu yang sebelum ini berpuak-puak dan pelbagai fahaman ke dalam satu wadah politik Melayu UMNO, yang mana semua penduduk Melayu yang beragama Islam berada di bawah UMNO ketika menentang Malayan Union 1946.

Ketika itu, UMNO dianggap parti sederhana yang berslogan "untuk bangsa, agama dan negara" berbanding parti-parti politik lain seperti Hisbul Muslimin, Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Komunis Malaya yang dianggap British sebagai parti kiri, radikal dan revolusioner dan tentunya dihapuskan daripada bergerak dalam politik.

Dalam keadaan serba kekurangan, menjelang 1957, orang Melayu melalui UMNO mengajak parti-parti kaum Cina (MCA) dan India (MIC) untuk berkongsi kuasa dan seterusnya menuntut kemerdekaan.

British memberikan kemerdekaan atas dasar Perikatan yang dipimpin UMNO yang tentunya banyak mengorbankan hak Melayu sendiri sebagai pribumi negara ini dan menerima perlembagaan baru bagi Tanah Melayu merdeka yang memberi kewarganegaraan dan hak yang sama kepada Cina dan India (kerana British bertanggungjawab membawa Cina dan India ke Tanah Melayu, dan mereka tidak mahu pulang ke negara asal - ini menggusarkan British), dengan beberapa syarat dipersetujui bersama dalam suatu kontrak sosial oleh ketiga-tiga parti tersebut.

Ketika itu, UMNO, MCA dan MIC dianggap mewakili kaum masing-masing berdepan dengan pihak British menuntut kemerdekaan.

Pemimpin Perikatan tidaklah menyangka sama sekali akan wujud parti-parti pembangkang yang agak kuat daripada orang Melayu (Pas), Cina (DAP) dan kini ditambah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggugat Barisan Nasional (BN).

Kerajaan pula ketika itu membenarkan kewujudan parti berlainan ideologi dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara atas dasar "kebebasan bersuara" dan "acuan Barat" tersebut!

Sebenarnya, semacam satu kemujuran sejarah, di mana UMNO berada dalam suasana orang Melayu terpaksa menyokong parti itu, kerana orang Melayu semacam tidak ada banyak pilihan untuk memilih parti yang boleh mewakili dan memperjuangkan kepentingan mereka. Sedangkan di negara-negara lain, rakyat bebas memilih mana parti yang mereka suka kerana penduduknya tidak bersifat majmuk seperti di Malaysia!

Inilah dilema Melayu! Dalam keadaan kemajmukan itu, jika orang Melayu beralih daripada UMNO kepada parti lain, yang terjadi parti itu tidak dapat mempertahankan kekuasaan politik terus berada di tangan orang Melayu. Jika pun berada di tangan Melayu seperti di Perak, ia hanya dianggap "boneka" kepada pembangkang seperti DAP, kerana undi Melayu berpecah! Jika berlaku di peringkat nasional seperti di Perak, sukar diramalkan apa akan berlaku!

Namun, dalam pada orang Melayu tidak banyak pilihan dalam berpolitik, parti UMNO/ BN meneruskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera dan rakyat umumnya dan pencapaiannya tidak boleh dinafikan.

Pencapaian ekonomi bukan Melayu juga melonjak naik dari dahulu hingga kini. Itulah Malaysia, politiknya berasaskan kaum, tetapi ekonominya hebat!

UMNO dan Perikatan memenangi kesemua pilihan raya umum (PRU) yang diadakan sejak 1955 hingga PRU 2008.

Dalam meniti era pembangunan, memang terdapat pasang surut dalam perjuangan parti tersebut. Peristiwa paling mengecewakan adalah PRU 1969, di mana UMNO menghadapi kemerosotan undi daripada orang Melayu dan bukan Melayu dengan Perikatan mendapat 76 kerusi Parlimen, pembangkang 37 kerusi; dan berlaku sekali lagi pada PRU 2008 di mana BN hanya mendapat 142 kerusi, pembangkang 80 kerusi.

UMNO yang hampir patah sayap, tetap bertongkatkan paroh, terus menerajui negara sehingga pada 1 Januari 1973, UMNO dan Pas menubuhkan kerajaan campuran.

Saat yang paling manis ini memperlihatkan kedua-dua parti Melayu itu, satu nasionalis (UMNO), dan yang satu lagi Islamis (Pas) bersatu dan membentuk sebuah kerajaan campuran. Perkahwinan Pas -UMNO tidak lama, pada 1977 berakhir dengan perceraian "talak" tiga! Masing-masing mencari haluan sendiri.

Dalam keadaan politik pasang surut, UMNO berjaya mengatasinya dengan pelbagai pendekatan. Misalnya pada 1946, UMNO di bawah kepimpinan Datuk Onn Jaafar berjaya menyatukan orang Melayu dengan "Hidup Melayu." Tahun 1957 Tunku membawa wadah "Merdeka." Tahun 1963 Tunku membawa Gagasan Malaysia dan berjaya menghadapi "Konfrontasi Indonesia." Tahun 1969 - UMNO menghadapi pergaduhan kaum tetapi berjaya memulihkan keadaan dan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Tahun 1970, di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Pada 1973 UMNO dan Pas bergabung mewujudkan kerajaan campuran. Pada 1987, Tengku Razaleigh menentang Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan UMNO diharamkan pada 12 Februari 1988. Pada 14 Februari 1988 UMNO Baru diwujudkan sebagai wadah baru UMNO. Diikuti dengan penubuhan Semangat 46.

Pada 1996 Semangat 46 diserap semula ke dalam UMNO. Pada 1998/1999 sebahagian ahli UMNO keluar mengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ahli UMNO kerana dituduh hendak menjatuhkan kepimpinan Dr. Mahathir dan menubuhkan PKR.

Pada PRU 2008, UMNO mengalami kekalahan yang teruk di mana lima buah negeri ditawan oleh pakatan pembangkang.

Cabaran UMNO kini sangat berat. Yang mendatang belum tahu! Antaranya, DAP tidak hanya menentang UMNO/BN tetapi menentang sebahagian besar kandungan Perlembagaan! Pengundi Cina mula berpaling daripada menyokong MCA dan Gerakan.

Penulis hanya melontarkan persoalan, apakah UMNO sekali lagi terpaksa mengorbankan hak-hak Melayu demi hendak memperoleh sokongan kepada BN dan melayan tuntutan golongan ini?

Ketiga, Pas sukar diajak berunding seperti era kerajaan campuran UMNO-Pas dahulu. UMNO masih menganggap dengan kerjasama Pas, masalah perpecahan sesama Melayu boleh diredakan. Pas memang dikenang banyak memberi sumbangan kepada negara semasa di bawah kepimpinan Datuk Asri Muda. Antaranya, menyokong gagasan Malaysia, menyokong ISA, menyokong Singapura keluar dari Malaysia dan tentunya semasa Pas berada di dalam kerajaan campuran 1973-1977 dahulu.

Atas dasar itulah UMNO tidak berhenti mengundang Pas untuk berunding ke arah penyatuan Melayu! Masalahnya, Pas dahulu macam benang, sekarang sudah menjadi kain. Dahulu ideologi Islam Pas lain dengan ideologi Islam Pas sekarang. Pas kini mirip fahaman pemerintahan ulama ala-Iran.

Lagi pun Pas sudah mendapat rakan baru iaitu DAP dan PKR. Sebab itu, Pas kini berlainan fahaman dan aspirasinya berbanding semasa era Datuk Asri dahulu.

Dahulu mereka berhasrat hanya mahu menjadi parti pendakwah Islam, soal politik dan menjadi pembangkang adalah soal kedua. Kini Pas mahu "memerintah Malaysia". Tentulah "politik" didahulukan" daripada agenda lain.

Perbezaan fahaman politik UMNO dan Pas kian melebar dan tentunya disebabkan tiada usaha memupuk hubungan antara UMNO dan Pas sejak 1977 hingga kini. Justeru, jarak masa 34 tahun itu tentu sekali membuatkan kedua-dua parti itu mempunyai jurang pendapat yang luas dan haluan berbeza.

Cabaran keempat, adalah bagaimana UMNO hendak memperoleh semula sokongan padu orang Melayu? Dikatakan parti itu sedang melakukan beberapa pendekatan baru. Di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, diyakini akan dapat mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO, begitu juga sokongan bukan Melayu.

Antara langkah-langkah yang sedang diambil adalah memperkenalkan transformasi politik, ekonomi dan sosial. Di bawah transformasi politik, difahamkan agenda untuk mengajak Pas bergabung dengan UMNO masih diteruskan. Ini akan kita analisis kemudian.

UMNO juga telah membuat perubahan drastik berhubung sistem pemilihan pemimpin supaya lebih demokratik. Lebih 160,000 ahli UMNO akan terlibat dalam pemilihan tersebut, berbanding hanya 1,800 ahli sahaja sebelum ini.

Strategi menerapkan beberapa ciri penting untuk dijadikan panduan kepimpinan. Contohnya memilih pemimpin yang amanah, jujur, dedikasi, beragama, berakhlak mulia , mempunyai etika dan sahsiah diri. Semua bakal calon pilihan raya mestilah terdiri daripada mereka yang profesional dalam pelbagai bidang.

Para pemimpin muda yang berkaliber perlu dilatih dari sekarang sebagai persediaan apabila sampai waktunya nanti akan mengambil alih kepimpinan di semua peringkat. Ini mengelakkan parti tidak punya banyak pilihan.

Beberapa tingkah laku yang tidak baik membawa kepada kekalahan BN/UMNO pada PRU-12. Justeru pemimpin-pemimpin UMNO haruslah bersikap tidak mengada-ngada, memahami perasaan dan kehendak rakyat, perlu menerima maklumat dari akar umbi, perlu ada rasa "kekitaan" tidak bersikap angkuh, sombong, bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk, bersikap simpati dan "empati" terhadap kesusahan rakyat dan berfikiran terbuka.

Anggapkan kemasukan orang muda dalam parti sebagai "aset, bukan musuh yang mengancam kedudukan; tidak mencantas kepimpinan baru; pemimpin perlu turun padang secara berkala, perlu merapatkan diri dengan masyarakat, jangan terlalu yakin dan selesa dengan prestasi parti."

Budaya politik baru perlu diwujudkan, UMNO sedang dalam proses mengubah mindset daripada budaya politik yang lama kepada budaya politik yang baru; UMNO perlu berwajah baru - wajah yang memberi harapan baru kepada bangsa Melayu ke arah menawan semula hati mereka yang sudah luka, rawan dan tidak keruan sekarang ini.

UMNO sedang dalam proses membuka seluas-luasnya keahlian kepada semua pihak, profesional, pegawai kerajaan, ahli-ahli korporat dan usahawan-usahawan Melayu.

Akhir sekali, UMNO harus menonjolkan budaya politik yang berteraskan kasih sayang dan tolak ansur sesama manusia walaupun berbeza ideologi politik.

Budaya politik baru ini seharusnya berteraskan prinsip agama dan nilai akhlak yang mulia dan tidak terjerat dengan emosi melulu serta fahaman agama yang sempit.

PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

Sunday, May 1, 2011

MESEJ UNTUK PAS DAN PENGUNDI CINA.

PESANAN PM KEPADA PAS DAN ORANG CINA

Pas perlu keluar pakatan


Najib dan isteri, Rosmah Mansor disambut meriah pada majlis Jamuan Rakyat di Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU -Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin Pas perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurut Perdana Menteri, Pas tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP."Tak kisahlah sama ada Pas mahu bersendirian atau bergabung dengan UMNO, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha Pas dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung di sini hari ini.

Dengan merujuk pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, beliau berkata, usaha gigih Pas ketika berkempen hanya memberikan keuntungan yang lebih besar kepada DAP.Menurut Najib, Pas perlu menerima kenyataan tentang ideologi mereka yang jelas bertentangan dengan DAP.''Dari segi pertimbangan, tak ada makna Pas kekal dalam pakatan rakyat. Soal dia nak bergabung atau tidak, itu soal lain.

''Sebab kalau dalam pakatan, mereka tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kekangan DAP. Dalam banyak isu, DAP akan tetap membuat keputusan jika mereka beranggapan sesuatu yang tak boleh diterima berdasarkan ideologi mereka," ujarnya.Ditanya kenyataan beliau itu mungkin menjurus semula ke arah kerajaan perpaduan, Najib berkata, ia suatu persoalan yang amat rumit dan tidak boleh dijangkakan.

Terdahulu ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di Kampung Pulau Bahagia di sini, beliau mengajak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berusaha ke arah itu.

Katanya, inilah masanya untuk parti itu berbuat demikian demi agama, bangsa dan negara.''Kenapa buat baik dengan DAP. Adakah DAP boleh memperjuangkan Islam? Saya nak cakap di sini kepada Haji Hadi, cukup-cukuplah bekerjasama dengan DAP. Ini merugikan kita," katanya.Najib berkata, semua pihak sedia maklum BN sentiasa menjanjikan realiti daripada aspek pembangunan untuk dinikmati seluruh rakyat.

Sedangkan parti pembangkang, kata Najib, tiada hasil yang dilakukan untuk membantu serta memanfaatkan rakyat."Janganlah main politik jalanan, PKR lahir di jalanan sedangkan UMNO lahir di istana dan sebab itulah parti kita keramat untuk membela nasib bangsa, agama dan negara," katanya.


Pengundi Cina diminta buat pilihan



KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada mahu menyokong MCA pada pilihan raya umum akan datang atau kehilangan wakil dalam kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, masyarakat Cina telah diberi mesej yang jelas mengenai perkara itu oleh MCA yang menyatakan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan Pusat dan negeri sekiranya gagal meraih sokongan masyarakat berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Jelasnya, masyarakat itu perlu memilih antara kepentingan suara dalam kerajaan atau menyokong pembangkang."Mereka tidak boleh menyokong pembangkang tetapi dalam masa yang sama mengharapkan penyertaan yang kuat kaum itu di dalam kerajaan. Mereka (pengundi Cina) perlu memilih antara dua, jika mahu menyokong pembangkang maknanya mereka perlu korbankan parti-parti dalam kerajaan.

"Namun, jika mahu suara mereka lebih didengari dalam kerajaan, mereka perlu menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN). Mesej itu jelas dan mereka (pengundi Cina) tidak akan dapat apa yang dikehendaki jika mereka tidak memilih," katanya selepas merasmikan Perumahan Rakyat Mampu Milik di Pulau Duyung di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian MCA semalam yang sebulat suara tiada akan menerima sebarang jawatan dalam Kabinet mahupun negeri jika parti itu gagal di dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai kesediaan MCA untuk terus berada dalam BN selepas keputusan itu dibuat, jelas Perdana Menteri, MCA tetap akan bekerjasama dengan BN kerana mereka yakin hanya parti itu dapat mewujudkan keharmonian dalam negara."Kita sudah ada rekod, negara aman di bawah parti ini dan apa pun yang diputuskan oleh MCA, mereka tetap akan berada di dalam BN," jelasnya


P/S harap membuka mata semua pihak.