Ambil Tindakan Tegas - Sultan Perak
|
|
IPOH 16 Mei – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka yang mempertikaikan status agama Islam dan bidang kuasa raja dalam hal ehwal Islam.
Baginda bertitah, kerukunan hubungan rakyat pelbagai agama di negara ini boleh terjejas sekiranya tiada tindakan diambil terhadap pihak yang mempertikaikan status agama Islam itu.
“Setiap warga wajib memahami secara jelas ketika mentafsir bukan sahaja apa yang tersurat, malah lebih penting untuk mendalami falsafah tersirat dalam perkara berkaitan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara,” titah baginda ketika merasmikan Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011, di sini hari ini.
Namun, titah baginda, perkara yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Negara itu tidak akan memberi makna jika tiada muafakat yang padu sesama umat Islam.
Sultan Azlan bertitah, jika umat Islam lebih cenderung bertelagah sesama sendiri serta mula memperlihatkan toleransi tidak bertempat, dikhuatiri martabat agama Islam di negara ini sedikit demi sedikit semakin terhakis.
“Akibatnya, umat Islam bakal terdedah pada pelbagai dakyah yang boleh menggelincirkan akidah dan dalam jangka masa panjang status agama Islam sebagai agama Persekutuan akan tinggal nama sahaja,” titah baginda.
Muzakarah itu diadakan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-83 Sultan Perak.
Sultan Perak bertitah, umat Islam amat sensitif dan curiga terhadap apa jua tindakan dan perkataan yang dianggap boleh memesongkan akidah.
Titah baginda, ulama menyampaikan pandangan dan pendirian tegas kepada raja-raja Melayu, begitu juga kepada pemimpin badan-badan politik tentang pentingnya dimaktubkan definisi yang jelas mengenai status Islam dan perlindungan terhadap umat Islam apabila negara mencapai kemerdekaan.
Baginda bertitah, demi memastikan kesucian Islam tidak akan dinodai dan kemurnian Islam tidak dikompromi oleh matlamat politik kepartian dan duniawi, Islam diletakkan di bawah bidang kuasa Raja Pemerintah.
“Ketika umat Melayu masa kini kelihatan semakin hanyut dalam arus duniawi dan taksub pada ideologi politik kepartian, Islam yang berada di atas politik kepartian adalah sebaik-baik platform untuk membolehkan umat Melayu kembali bertemu dalam suasana muzakarah yang rasional bagi mencari kebenaran hakiki,” katanya.
Rakyat Wajib Fahami Perlembagaan
IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah sebarang pengucapan yang mahu mempertikaikan status agama Islam dan bidang kuasa Raja dalam hal ehwal Islam perlu ditangani secara tegas dan pantas.Baginda bertitah, ini kerana kerukunan hubungan di kalangan rakyat pelbagai agama di negara ini boleh terjejas sekiranya status agama Islam dipertikaikan.
“Akibatnya, umat Islam bakal terdedah kepada pelbagai dakyah yang boleh memesong akidah dan dalam jangka masa panjang, status agama Islam sebagai agama Persekutuan akan tinggal pada nama saja,” titah baginda ketika merasmikan Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam 2011, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, semalam.
Muzakarah itu diadakan sempena sambutan Ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ke-83. Turut hadir, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
ps-Sedarla Orang Melayu..jangan dibuai mimpi sje dan asyik bertelagah je kejenye...
No comments:
Post a Comment